≡ Menu

10 Pelepasan Cukai Utama Yang Perlu Tahu Untuk e-Filing Tahun 2019

Bagi yang membayar cukai pendapatan setiap tahun, maka bulan Mac adalah bulan untuk mereka menuntut pelepasan, potongan dan beberapa rebat yang disenaraikan. Untuk makluman anda Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, dividen, sewa, royalti, pendapatan perniagaan yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

Setiap tahun, jumlah pelepasan ini berubah-ubah walaupun tidak begitu ketara.

1. Tabung Harapan Malaysia

Rakyat Malaysia atau pengusaha syarikat yang menghulurkan derma kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) akan diberikan pengecualian cukai tanpa had oleh pihak kerajaan.

Menteri kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan potongan cukai itu akan diberikan secara dollar for dollar atau nilai yang setara dengan jumlah yang disumbangkan kepada tabung tersebut.

Contohnya RM13,000 akan dapat pengecualian sebanyak RM13,000.

2. Gaya Hidup

Kalau tukar phone tahun lepas, jangan lupa tuntut pelepasan.

Ini antara yang dinantikan kerana ia berkaitan dengan pembelanjaan gaya hidup.

Jika anda kerap membeli buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan penerbitan untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak, maka tuntut lah.

BACA:  (Video) Ritual ‘Puja Laut’ di Palu Tetap Diteruskan Biarpun Dibantah Agamawan

Selain itu pembelian pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak. So pada yang bayar untuk ke gimnasium simpanlah resit anda.

Tidak dilupakan bayaran langganan internet. Kesemua tuntutan gaya hidup maksimumnya adalah RM2,500.

3. Tabung SSPN

Kebaikan menabung!

Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2018).

Jumlah maksimum yang anda akan dapat adalah RM6,000.

4. Penjagaan Ibu Bapa

Jangan lupa ibu bapa kita. Bagi anda yang banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk ibu bapa, maka pelepasan ini khusus untuk anda.

Pelepasan ini merangkumi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa. Bagaimanapun Keadaan kesihatan ibu bapa perlulah disahkan oleh pengamal perubatan.

Jumlah maksimum sehingga RM5,000.

5. Pelepasan Buat Golongan OKU

Golongan yang diutamakan.Peralatan Sokongan Asas hanya untuk individu kurang upaya (OKU), suami atau isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya.

BACA:  Pesta Arak Octoberfest - Ustaz Sidek Noor

Jumlah maksimum sehingga RM6,000.

6. Yuran Pendidikan Sendiri

Tuntut jangan tak tuntut.

Bagi peringkat selain Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi.

Bagi peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – sebarang bidang atau kursus pengajian.

Maksimum RM7000.

7. Penyakit Sukar Diubati

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (sama ada individu atau suami/isteri atau anak-anak)

Jumlah sehingga RM6,000

8. Pemeriksaan Perubatan Penuh

Kesihatan juga banyak diberi perlepasan.

Jika anda pernah mengeluarkan duit bagi tujuan pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) maka anda layak untuk menerima pelepasan ini.

Jumlah sehingga RM500.

9. Bayaran Pusat Asuhan

Jika anda menghantar anak yang bawah 6 tahun ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau pra-sekolah, maka anda boleh menuntut sehingga RM1,000.

10. Insurans

Jika anda mengambil insurans sama ada pendidikan atau perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji RM3,000.

Untuk makluman, orang ramai boleh mula mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui e-Filing Tahun 2019 bermula pada 1 Mac 2019.

Sumber: https://www.msn.com/

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.