≡ Menu

5 Bisnes Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM20K Sebulan

Setiap orang mempunyai pilih4n masing-masing dalam membina kerjaya. Mungkin sesetengah daripada kita, lebih suka berniaga daripada bekerja ofis dan sebagainya.

Dan bagi mereka yang ingin mula berniaga, mungkin tertanya-tanya apakah jenis perniagaan yang boleh mereka jalankan dengan hanya memerlukan modal yang rendah tetapi pulangan yang berlipat kali ganda?

Apa kata kita baca perkongsian penggun4 Facebook yang bernama Abdullah Ashari ini yang menceritakan 6 jenis perniagaan modal rendah dengan pulangan bersih RM10 ribu sebulan:

Perniagaan ini sesuai untuk mereka yg dibuang kerja, mahasiswa yg menganggur, suri rumah, pemuda lepasan spm atau bekas staf Malaysia Airlines yg dibuang kerja baru2 ini. Meh aku listkan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana2 yang sesuai dengan korang.

1. Berniaga Buah Potong

Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm2/plastik, kena target jual 350 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling koman korang akan dapat rm700 sehari × 30 hari = RM21,000.

BACA:  Reaksi Tun M Tentang Isu Serbuan Khalwat

2. Khidmat Potong Rumput

Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60, kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. sehari kena gigih cari 10 buah rumah untuk seorang pekerja, so kita akan dapat sehari rm680 × 30 hari = RM20,400.

3. Jual Nasi RM4

Menjual nasi RM4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan fb untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 300 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah rm720 × 30 hari = RM21,600.

4. Jual Air RM1

Jual air rm1/cup depan sekolah time pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg & sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg. Menjual 600 cup untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar. Rata2 penjual air bgtau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm950 × 21 hari persekolahan sebulan = RM19,950.”

BACA:  Tiada istilah ‘rezeki terpijak’ dlm Islam.Ini hukum terjumpa duit/harta tercicir.

5. Berniaga Apam Balik

Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 800 keping apam balik setiap malam yg berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm1600×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm25,600 tolak modal 20% (rm2,560) = RM20,480.

Ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 5 jenis ni dulu

Ingat, tak semu4 perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dgn diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.*

Sumber: Abdullah Ashari

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!