≡ Menu

5 Sebab Anda Perlu Bertukar Kepada Beras Perang

Ramai orang yang ingin kurus dan sihat, tetapi mulut tu tak berhenti mengunyah. Semua makanan nampak sedap, tu belum masuk bab ‘mengidam’ nak makan itu ini walaupun tidak mengandung. Sehari tak makan nasi, hidup tak tentu arah. Apa yang dilakukan tak menjadi, iyalah nasi kan dah sebati dalam diri. Jadi, jangan ditanya kenapa masih tak kurus walaupun dah bersenam setiap hari.

Tetapi kini anda tak perlu risau lagi, anda boleh nikmati nasi yang lebih sihat dengan bertukar kepada beras perang yang mempunyai pelbagai kebaikan.

#1 Baik Untuk Jantung

Beras perang tinggi kandungan magnesium yang bukan sahaja baik untuk tulang, tetapi membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan mengandungi phytonutrient yang membantu melindungi anda daripada pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

BACA:  Suka Makan Organ Dalaman Haiwan? 5 Keburukkan Ini Anda Kena Tahu

#2 Bantu Tubuh Hasilkan Tenaga

Hanya 1 cawan beras perang memadai untuk membekalkan tubuh dengan 80% keperluan mangan harian. Mangan dan vitamin B yang terkandung di dalam beras perang membantu tubuh menukarkan protein dan karbohidrat kepada tenaga.

#3 Kurangkan Risiko Kanser

Beras perang juga membekalkan kira-kira 35% keperluan harian selenium yang berperanan mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser prostat. Selenium juga bantu membaiki sel yang rosak dan mengelakkan penyebaran sel kanser.

#4 Menyihatkan Usus

Berbeza dengan beras putih, beras perang mempunyai bran dan sekam yang merupakan sumber terbaik serat. Makanan yang mengandungi serat dapat mengelakkan sembelit dan menyihatkan usus. Serat juga penting untuk mereka yang ingin menguruskan badan, makan sikit sudah rasa kenyang.

BACA:  Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat

#5 Elok Untuk Penghidap Diabetik

Beras perang sesuai dimakan pesakit diabetik kerana beras ini membebaskan karbohidrat perlahan-lahan, dan elok untuk menstabilkan paras gula. Beras perang juga mampu mengurangkan glukosa darah 24 jam, and response insulin puasa. Menurut kajian, dengan hanya menggantikan 50g nasi putih ke 50g nasi perang setiap hari, ia membantu mengurangkan risiko Diabetes Type 2 sehingga 16%.

#6 Mengandungi Antioksidan

Beras perang mempunyai kandungan antioksidan yang sama dengan buah-buahan seperti bluberi. Antioksidan adalah agen anti inflamasi yang boleh membantu dalam pelbagai masalah kesihatan seperti arthritis dan asma.

Sumber: gegar.my

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.