≡ Menu

5 Tanda Ini Jika Ada Pada Isteri, Jangan Lepaskan Demi Perempuan Lain


Panas sungguh cerita suami lepaskan isteri demi mengejar cinta perempuan lain. Mak-mak yang baca pun panas hati, suami yang prihatin pun sama, geleng kepala tak faham tindakan suami semacam ini.

Banyak benarnya apa yang dikongsi Andy Sulaiman ini. Tentang ciri-ciri isteri yang tak patut suami lepaskan. Sebab, di kemudian hari suami akan menyesal tak sudah.

Renung 5 Tanda Ini, Kalau Ada Pada Bini Kita Fikir Semasaknya
“Kecoh juga hal si Abu tu ceraikan bini dia tu ya? Tak tahu lah apa ada dalam kepala dia. Nak komen lebih-lebih, karang ada cerita lain pula dari pihak bini dia. Terlebih cerita, jadi bawang pun tak seronok juga.”

“TAPI, SEBELUM NAK TINGGALKAN BINI SEBAB NAK KEJAR KE PEREMPUAN LAIN, RENUNG 5 TANDA NI. KALAU ADA PADA BINI KITA, FIKIR LAH SEMASAKNYA.”

BACA:  Kata Peguam Syarie, Bila Dicerai Tanpa Sebab Munasabah, Hak-hak Ini Isteri Boleh Tuntut

1. Jika masa bercinta isteri kau kurus sekarang dah gemuk, itu tanda dia bahagia dengan kau. Jarang orang kecewa berat badan makin naik. Dia pun sanggup tak makan lepas tu, melompat bersenam tunggang langgang semata-mata nak sedap mata kau memandang.

2. Jika dah ada ramai anak, kenangkan berapa kali dah dia pertaruhkan nyawanya sendiri masa bersalin, tanda sanggup korbankan nyawa lahirkan benih kau. Kau sembelit, lobang terluka sikit pun, kerja nak marah orang je.

3. Dalam kereta, kau kentut pun dia steady je. Tak ada menggelabah. Itu contoh mudah tanda baik buruk kau, elok selekeh kau dia terima seadanya. Tutup hidung tu biasa lah. Alah kau ni.

BACA:  Bolehkah Berpoligami Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama??

4. Kau ada rezeki lebih, dia tak meminta bukan-bukan. Kau tak ada pendapatan, dia hulurkan bantuan. Tanda susah senang, dia setia di sisi. Orang luar yang kau gila-gilakan, belum tentu ada waktu kau dalam kesusahan.

5. Pandang cermin dan lihat diri kita. Syukur lah ada wanita yang mencintai dan menyayangi kita. Itu tanda walau kau tak hensem, dia tetap ada.

Kenapa nak lukai hati isteri kalau dia dah setahap ini. Yakin ke di luar boleh cari yang lebih baik lagi?

Aku pun banyak silap. Dari kesilapan, kita terus mencuba jadi suami yang baik.

MW : Haa.. suami, sebelum nak sakitkan hati isteri fikirlah semasak-masaknya.

Sumber/Foto : Andy Sulaiman

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.