≡ Menu

8 Jalan Rezeki yang Disebutkan dalam Al-Quran.


Manusia seringkali melihat rezeki dari sudut material yang dihasilkan dari titik peluh dia bekerja, padahal rezeki Allah itu teramat luas. Rezeki adalah rahsia Allah tetapi manusia perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki itu. Selebihnya, terserah kepada Allah.

Berikut adalah 8 Jalan Rezeki yang sudah tertulis di dalam Al-Quran:

1# Rezeki Yang Telah Terjamin.
‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).(Hud 11:6)

2# Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.(An-Najm 53:39)

3# Rezeki Kerana Bersyukur.
‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.(Ibrahim 14:7)

4# Rezeki Tidak Terduga.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

BACA:  Masalah Hari Raya Di Dua Negara Berlainan

“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (At-Talaaq : 2-3).

5# Rezeki Kerana Istighfar.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Nuh : 10-11).

Baca juga Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai, Isteri Atau Suami?
6# Rezeki Kerana Menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.(An-Nuur 24:32)

7# Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Al-Israa’ : 31).

8# Rezeki Kerana Sedekah.
rezeki kerana sedekah
‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

BACA:  Bacalah Ayat Ini Saat Kita dalam Kesempitan, Nescaya Allah Akan Kirim Malaikat Untuk Membantu.

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.(Al-Baqarah 245)

doa jemput rezeki
A Palestinian youth prays on the street outside a destroyed mosque in the village of Mughraqa in the Gaza Strip January 22, 2009. After pummelling Hamas in the Gaza Strip, Israel now hopes to push through a prisoner swap to retrieve a soldier held by the Palestinians since 2006, Israeli officials said on Thursday. REUTERS/Jerry Lampen (GAZA)
Pepatah Arab ada berkongsi, “Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selamanya. Beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok.”

Tidak salah untuk kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, tetapi harus diingat rezeki hadir bukan kerana kehebatan usaha kita sendiri. Rezeki adalah daripada Allah kerana kuasa dan redhanya. Perlu disyukuri setiap masa.

 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.