≡ Menu

8 Perkara Ini Boleh Bantu Anda Murahkan Rezeki

Selalu kita merungut rezeki kita tak cukup. Tanpa kita sedari sebenarnya kiat kurang memberi. Jika diikut prinsip Islam, semakin banyak kita memberi semakin bertambah rezeki seseorang.

Memberi tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Ada cara lain yang anda boleh memberi. Seperti 8 amalan mudah ini:

1. Sediakan Makanan Kucing
Kalau ada kucing berkeliaran dekat kawasan rumah anda, mungkin boleh sediakan bekas makanan dan air untuk kucing jalanan.

2. Asingkan Gaji
Setiap kali terima gaji, jangan berbelanja dahulu. Asingkan beberapa bahagian untuk orang-orang tertentu. Tak payah nak cari orang jauh-jauh. Berikan kepada ibu bapa atau adik beradik mahupun sepupu sepapat yang masih belajar.

BACA:  Awas! Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan

3. Duit Kecil
Sediakan duit kecil dalam kocek untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

4. Kotak Kecil
Ni cara untuk anda muhasabah diri. Buat kotak kecil dan letakkan dalam bilik tidur. Kemudian, setiap kali buat jahat, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, gunakan duit tersebut untuk bersedekah.

5. Majlis Keramaian
Kalau pergi ke majlis-majlis, mungkin boleh sedekahkan benda lain selain daripada duit. Antaranya, air mineral, goodies bag dan lain-lain benda mengikut sekadar yang mampu.

6. ‘Keep The Change’
Ini bukan berlagak kaya tapi niatkan sahaja untuk bersedekah. Tiap kali beli makanan dari peniaga kecil, tak payahlah ambil bakinya. Niatkan sahaja bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada berkat dan pahalanya.

BACA:  Wanita Ini Masuk Neraka Kerana “Air Wudhu”. Mengapa? Jom Baca Apakah Puncanya.

7. Beli Al Quran
Jika ada wang lebih, belikanlah Al Quran atau sejadah dan sedekahkanlah kepada mana-mana masjid atau surau. Jika ada yang baca atau gunakan ketika solat, ada bahagian untuk anda.

8. Amal Al Fatihah
Jadikan amalan baca Al Fatihah setiap pagi. Sedekahkan pada kedua ibu bapa kita tidak kira yang masih ada ataupun telah meninggal dunia. Amalkan.

Sumber: Mycomel.my

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!