≡ Menu

Akta kawal vape, rokok elektronik di Parlimen sesi Mac depan


Kementerian Kesihatan akan membentangkan akta baharu berkaitan penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementeriannya ketika ini pada fasa akhir penelitian untuk menggubal akta berkenaan yang disifatkan lebih menyeluruh dan dapat menangani pelbagai isu terkini.

“Kita hampir di penghujung perbincangan bersama Peguam Negara dan sangat mengharapkan dapat membentangkannya di Parlimen pada suku pertama sebelum Mac tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri larian ‘Stop The Stigma’ anjuran Hospital Umum Sarawak di Bangunan DUN lama di sini, hari ini.

BACA:  (Video) Wakil Syiah Malaysia sambut Hari Asyura di Karbala; berakhirlah Taqiyyah (penafian) selama ini

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, akta itu merangkumi bukan sahaja tembakau tetapi beberapa sisi lain yang bersangkutan dengan nikotin yang terdapat di dalam vape ataupun rokok elektronik.

Sebelum ini, timbalannya, Dr Lee Boon Chye mengetuai jawatankuasa khas yang melihat kepada persoalan mengenai vape dan shisha yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Urus Setia Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) dan Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan bertanggungjawab melihat produk tembakau yang mengandungi nikotin.

BACA:  (Video) Rakaman CCTV ‘Tangkap’ Individu Koyak Al Quran, Tabur Atas Tandas Di Masjid Pokok Sena

Mengenai acara larian berkenaan, Dr Dzulkefly menjelaskan ia adalah untuk membangkitkan kesedaran masyarakat sejagat mengenai kepentingan kesihatan mental serta masalah kesihatan mental yang semakin meningkat.

“Di Malaysia, trend tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2017 mendapati prevalen idea bunuh diri dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun adalah 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012,” katanya. – BERNAMA

Sumber:bharian

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.