≡ Menu

Allah Beri Dugaan Kecil Supaya Kita Terselamat Dari Dugaan Lebih Besar – Ebit Lew


Kita sering mengeluh apabila apa yang dirancang tidak menjadi. Hakikatnya tanpa kita sedari semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kebiasaannya hanya selepas sesuatu perkara itu berlaku barulah kita menyedari mengapa sesuatu yang kita rancang tidak ‘berjalan’ mengikut seperti apa yang kita hajati.

Berikut perkongsian Ustaz Ebit Lew.

Tadi dah nak terlelap dalam flight kl ke jakarta. Sebelum berlepas dengar pengumuman flight ada kerosakan teknikal so kena turun semula nanti diumumkan kemudian waktu terbang. Aircond terasa panas.

Terus tersenyum kerana saya tahu pasti ada rahmat di sebalik semuanya..Allah beri kita dugaan kecil supaya terselamat dari dugaan lebih besar. Ada rahmat di sebalik semuanya..

BACA:  8 Panduan Mengelak dari Mengahwini Orang Yang Salah

Dulu pernah kereta saya dilanggar dari belakang dan masa tu hilang kerja. Oh rupanya Allah nak bagi rezeki lain yang lebih dari sebelumnya..

Teringat kisah seorang wanita sedih anak kecilnya meninggal. Sabda Nabi saw anak kamu sedang bermain dalam syurga. Ibu tadi terus senyum dan yakin..Nabi saw tanya nak ke saya tunjukkan. Jawab wanita tadi tak perlu ya Rasulullah saw. Sabdaan mu sudah cukup buatku..

Siapa sangka hilang kerja rupanya Allah nak beri jadi peniaga berjaya atau rezeki lebih baik..

Ditolak belajar tempat kita inginkan lalu kita dapat belajar ilmu yang tiada di universiti..

Putus tunang berkali-kali supaya bertemu jodoh yang boleh pimpin masuk syurga..ooo dulu tak lalu disini kerana jodoh tercinta disini. Allahuakbar..

BACA:  Ini 15 Kelebihan Suami Isteri Mandi Bersama, Salah Satunya Dapat Kurangkan Tekanan

Dihina masa kecil rupanya menjadi jiwa yang kuat lalu bila besar menjadi manusia yang dibanggakan dunia dan dilangit..

Tidak diberi anak agar satu hari benar menghargai anak dan diberi anak soleh solehah..

Senyumlah walau sukar. Menangislah saat terlalu berat dan mengadu pada Allah yang Maha Penyayang. Teruskanlah langkah dalam syukur dan sabar. Kadang indah kadang tidak tetapi janji Allah bila syukur dan sabar akhirnya dan selamnya indah. Pohon doakan perjalanan dakwah di Jakarta menjadi asbab kebaikan dan hidayah.

Sumber kredit: FB: Ebit Lew

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.