≡ Menu

Amalan Beri Isteri Gaji On Time, Punca Rezeki Suami Tak Putus


Hebat tak hebat suami ini, sepanjang perkahwinannya selama 14 tahun dengan isteri, tak pernah sekali suami ini culas beri isteri gaji tepat pada masanya. Nafkah dalam bentuk gaji ini dibayar paling lewat pun 28hb setiap bulan.

Nah! Inilah yang dikongsikan puan Marliya Ramli akan amalan suaminya yang tak pernah gagal bayar nafkah isteri.

Walaupun Puan Marliya sendiri masih bekerja makan gaji.

On Time Beri Gaji Kepada Isteri
Sejak usia 23 tahun selama 14 tahun ada seorang suami yang sentiasa on time memberikan ‘gaji’ kepada isteri. Selewat-lewatnya 28hb setiap bulan.

Tanpa perlu ditanya-tanya atau diminta-minta suami ini akan sediakan juga pakaian raya, set mandian dan keperluan asas isteri.

Kerana selain tempat tinggal, persalinan, keperluan asas dan makanan adalah kewajipan.

BACA:  Awas!! Suami Perlu Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Tanggung Belanja Rumah, Ini Sebabnya

Kenapa isteri perlu minta jika ianya adalah sesuatu yang difahami oleh khalifah rumahtangga tentang perintah Allah?

Bermula dengan gaji seorang Techician cabuk hinggalah menjadi senior engineer, jumlah ‘gaji’ meningkat seiring dengan kemampuan. Bermula dari kadar pemberian pada tiga angka sehingga mencecah ke empat angka setiap bulan.

Dalam bahasa lebih mudah difahami ianya adalah nafkah terhadap isteri.

BIARPUN ISTERI MAMPU MENYARA DIRI SENDIRI, TIDAK SEKALIPUN IA MENJADI ALASAN UNTUK SI SUAMI CULAS MEMBERIKAN NAFKAH.

Dan mungkin.

MUNGKIN!

Amalan Inilah Punca Rezeki tak Putus
Kerana amalan inilah Allah permudahkan suami tersebut hingga mampu berhenti makan gaji pada sebelum usia 35 tahun.
Kerana amalan inilah Allah sentiasa memberikan jalan rezeki yang tidak berputusan buat suami tersebut.
Kerana amalan inilah segala yang diusahakan oleh suami selalunya menjadi kenyataan.
Kerana amalan inilah…

BACA:  Tunaikan Apa Anak Isteri Inginkan, Balasannya Berlipat Ganda Dari Nilai Dikeluarkan

Amalan yang usah sesiapa pun anggap sebagai remeh.

KERANA SUAMI SEDAR, AMALAN MEMBERI NAFKAH BUKAN LAH PILIHAN. NAMUN KEWAJIPAN MENGIKUT KEMAMPUAN.

Kewajipan yang bukan YB Najib suruh atau Tun Mahathir arahkan. Bukan kewajipan PU Abu paksa semua suami buat. Bukan

Namun kewajipan yang Allah perintah.

Melanggar perintah Allah lebih buruk hukumannya berbanding melanggar perintah Sultan.

ISTERI ADALAH AMANAH. KITA JAGA AMANAH ALLAH, MAKA ALLAH JAGA REZEKI KITA.

Salam sayang

MW : Nampak kan.. bila suami mudahkan urusan isteri, gembirakan hati isteri.. Allah beri rezeki yang melimpah untuknya. Dalam bentuk yang dia tak sangka-sangka pun.

Sumber : Marliya Ramli

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.