≡ Menu

Amik Satay Penuh Satu Pinggan, Tak Habis Masuk Tong Sampah!

Dalam kita masih menyambut Hari Raya dalam bulan Syawal. Pergi ke jemputan Rumah Terbuka/Open House. Diharap kita masih mempunyai Sifat “berpuasa” di Bulan Ramadhan. Jagalah Nafsu kita dalam menjamah makan di Open House/ Rumah Terbuka

Dah beberapa kes rumah terbuka saya dengar, kalau ada hidang sate atau apa jua jenis makanan Buffet mesti ada orang ambil kuantitu banyak dalam pinggan, tuang kuah kacang punya banyak, letak makanan penuh satu pinggan dan akhirnya tak habis. Yang habiskan makan lepas tu hanyalah TONG SAMPAH

Lepas tu orang yang tak habis makan tu pun balik, biar sate & makanan yang tidak habis tu atas meja. Saya yakin makanan tu sampai ke sudah tak ada orang makan sebab takkan ada orang lain lalu nak makan sisa orang. Kecuali makanan yang tidak habis bukan sisa kita tu, kita bungkus dan berikan pada Ahli keluarga atau pada sesiapa yang memerlukan

BACA:  Hutang Sebesar Gunung Pun Akan Lunas, Tolong Sebarkan!

Banyak penganjur rumah terbuka terpaksa buang lebihan makanan yang ditinggalkan. Terasa amat kecewa dan sedih bila dapat tahu ada sesetengah Tetamu membazir dan buang makanan yang Penganjur sediakan dengan niat nak jamu orang makan. Tak fikir ke ramai lagi yang kebuluran yang tidak dapat makan dan menjamah makanan? Ada tak kita fikir?

BACA:  Tiada Gunanya Cantik Bertudung Tetapi Pakai Baju Lengan Pendek

Boleh tak sebagai tetamu hentikan pembaziran sebegini?

Mohon ada kesedaran dalam diri , semakin banyak kita membuang rezeki, semakin sempit pintu rezeki buat kita. Lepas ni janganlah merungut kenapa Allah SWT tak murahkan rezeki kita sedangkan kita yang membazirkan Rezeki yang diberi?

Jangan sampai tahap kita kena geledah tong sampah hanya semata mata mengharapkan ada rezeki untuk kita di situ.

Wahai Manusia , beringatlah dan Usahlah jadi Hawa Nafsu sebagai Sahabat . Ambil lah makanan dengan berpada-pada

Membazir itu adalah Amalan Syaitan dan Iblis

Sumber: Tiang Dakwah

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!