≡ Menu

Barang Yang Tidak Perlu Disimpan Dalam Petisejuk

Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.

1. Bawang

Menyimpan bawang di dalam petisejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

2. Kentang

Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.

3. Sos

Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar petisejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

BACA:  Bolehkah orang Islam makan daging (Kosher) sembelihan orang Yahudi?

4. Roti

Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam petisejuk.

5. Makanan dalam tin

Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

6. Makanan panas

Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu petisejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan petisejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar petisejuk pada suhu bilik.

BACA:  Peria Katak, Pengganti Ubat Diabetes?

8. Mentega

Mentega akan menjadi keras di dalam petisejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

9. Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam petisejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

10. Bahan bukan makanan

Keluarkan bahan bukan makana seperti bahan kosmetik dari petisejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Rujukan: News Australia

Kredit: Dr Zubaidi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!