≡ Menu

Batang Keladi Penawar Penyakit Kayap

Batang Keladi Penawar Penyakit Kayap

Baru-baru ini seorang sahabat saya dari singapura datang melawat saya di rumah.

Sahabat saya ini boleh dikatakan orang moden kerana tidak percaya perubatan tradisonal dan penyakit misteri seperti histeria itu adalah tekanan jiwa katanya.

Baru-baru ini beliau datang kerumah tetapi dalam sakit dan mengadu beliau terkena penyakit kayap.

Saya bertanya sakit kayap apa?, dia hanya menjawab entah kerana doktor hanya mengatakan penyakit kayap sahaja katanya, walaupun sudah diberikan ubat sapu dan ubat makan masih lagi sakit malah bertambah teruk katanya..

Bila saya menyuruh sahabat saya membuka bajunya, apa yang saya lihat penyakit kayap yang di tanggungnya ialah kayap ular.

BACA:  Minyak Ikan Omega-3 Bantu Kurangkan Risiko Penyakit Jantung

Tanpa membuang masa saya pergi ambil batang keladi mahang lalu saya gosok ditempat kayap itu bermula dari kepala hingga ke ekor, supaya kayap itu tidak bertembung.

Sebab saya tahu sahabat saya tidak jaga makan dan minum kerana orang bandar yang moden katakan.

Bila saya gosok sahaja batang keladi mahang di tempat kayap dia mula mengelak dan menepis apa yang saya lakukan, kerana ia takut penyakit itu merebak.

Tetapi saya tidak memperdulikan tidakkannya sehingga saya puas hati menggosok batang keladi di badannya.

BACA:  Kenapa Tepuk Belakang Bayi Sehingga Sendawa Selepas Diberi Susu?

Hari ini selepas dua hari dia mesej kepada saya selepas apa yang saya buat tempoh hari kayapnya semakin baik serta tidak sakit lagi dan meminta saya mencarikan batang keladi mahang untuknya.

Saya tidak menjawab mesejnya kerana waktu saya berikan batang keladi tempoh hari dia telah buang didepan mata saya katanya itu semua karut, tetapi sekarang baru dia tahu batang keladi itu ubat kayap yang hebat, dahulu mempelecehkannya..

Sumber: Md Rosdi Hasan

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.