≡ Menu

Besar Tanggungjawab Seorang Ayah

1. al-Imam Ibn al-Qayyim menegaskan, seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan terhadap kerosakan anak-anaknya. Kata al-Imam:

فَمَا أفسد الْأَبْنَاء مثل تغفل الْآبَاء وإهمالهم

“Maka betapa rosaknya anak-anak atas kesan mengikut kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka” (Tuhfatul Maudud)

2. Malah Ibn al-Qayyim menegaskan, kebanyakkan kesan buruk terhadap anak adalah apabila ayah mereka gagal berfungsi dalam mendidik mereka. Kata ibn al-Qayyim:

وكل هَذَا عواقب تَفْرِيط الْآبَاء فِي حُقُوق الله وإضاعتهم لَهَا وإعراضهم عَمَّا أوجب الله عَلَيْهِم من الْعلم النافع وَالْعَمَل

BACA:  Status Hadis Bumi Dilipat Di Malam Hari

“Dan semua kesan buruk ini adalah akibat kealpaan ayah terhadap hak-hak Allah, mereka meninggalkan hak-hak Allah serta menjauhi apa yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap mereka dari aspek ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.” (Ibn al-Qayyim).

3. Atas dasar itu, kebanyakkan dialog di dalam al-Quran mempamerkan hubungan mesra anak dengan ayah. Nabi Yusuf mengadu masalah dengan ayahnya Nabi Ya’qub. Luqman al-Hakim pula mendidik anaknya tentang aqidah dan tauhid.

4. Bahkan doa seorang ayah jugalah yang ditekankan di dalam al-Quran. Ini dipamerkan melalui doa Nabi Ibrahim terhadap anaknya. Nabi Ibrahim mendoakan agar anak-anaknya dijadikan dikalangan mereka yang mendirikan solat. Doa Nabi Ibrahim:

BACA:  Hukum Makan Telur Yang Tidak Dibasuh - Ustaz Azhar Idrus

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah diriku dikalangan mereka yang mendirikan solat, begitu jugalah dengan seluruh zuriatku, wahai Tuhanku, perkenankanlah doaku ini.

Semoga ia adalah muhasabah buat diri ini. Semoga ia muhasabah buat seluruh ayah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.