≡ Menu

Adakah Bubble Tea Xing Fu Tang & The Alley Halal? Ini Penjelasan Dari Jakim

Beberapa hari ini tular kegilaan rakyat Malaysia dengan minuman bubble tea di media sosial. Kalau dahulu ‘hype’ dengan Cool Blog atau Tealive, namun kini telah timbul pelbagai jenama minuman bubble tea dari Taiwan iaitu The Alley, Xing Fu Tang, Daboba dan banyak lagi. Menurut laman web hype.my, Subang Jaya dikatakan sebagai ‘Bubble Tea Street’ kerana membuka beberapa kedai bubble tea di sana.

Bagi individu yang gilakan kemanisan, pastinya tidak terlepas untuk merasa minuman bubble tea campuran teh susu (milk tea) dan gula perang (brown sugar) ini.

Terdapat beberapa individu yang mula mempersoalkan status ‘Halal’ bagi jenama minuman terkenal ini.

Seorang individu dikenali sebagai Siti Mariam Zainon telah mengutarakan soalan di laman Facebooknya. Namun, beliau menerima kecaman hebat daripada warga maya.

BACA:  Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab?

Beliau seakan diperlekehkan oleh pengguna Facebook yang lain atas tindakannya mempersoalkan status ‘Halal’ minuman berkenaan.

Antara ‘sindiran’ yang ditulis:

  • Halal dikaitkan dengan kemunduran.
  • Sifat cakna terhadap status disindir dengan saranan tidak bernafas kerana udara tiada sijil halal.
  • Halal disindir dengan penerima derma darah yang tidak halal

Baca selanjutnya : http://www.islamituindah.us/persoalan-status-halal-bubble-tea/

Sedihnya setelah berpuluh tahun hidup bermasyarakat di Malaysia, masih ada lagi individu yang mempersoalkan kepercayaan agama lain. Jika mereka bebas mengamalkan kepercayaan agama mereka, kenapa apabila orang Islam hendak mengikut agama mereka diperlekeh pula? Atau kepercayaan dan agama hanya terpakai untuk mereka sahaja?

Penjelasan dari Xin Fu Tang dan The Alley

Malah pihak Xin Fu Tang sendiri menjelaskan status mereka seperti berikut:

“Bahan kami semua ada sijil halal dari Taiwan, Pork-free dan Lard-free”

Sementara itu jenama The Alley pula mengambil langkah awal dengan menjelaskan status halal produk mereka menerusi laman sosial mereka.

BACA:  Orang Yang Bahagia Tak Akan ‘Tayang’ Semua Benda Di Media Sosial, Kenapa? Mungkin Ini Sebabnya

The Alley dalam proses mendapatkan sijil halal

Penjelasan dari JAKIM

Disebalik kekalutan ini ada pihak yang bertanyakan kepada JAKIM sendiri dan ini adalah jawapan dari mereka:

Bawa bertenang ya semua, situasi ini rasanya sama macam Family Mart beberapa bulan lalu. Awalnya kecoh mengenai pemilikan sijil halal, tapi akhirnya mereka mendapat sijil tersebut untuk meyakinkan pelanggannya.

Harapnya status halal yang menjadi satu tanda tanya pengguna internet ini sudah dapat diperjelaskan sebaiknya.

Sumber: ISMA & Siti Mariam Zainon

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!