≡ Menu

Cuaca Panas Luar Biasa Cecah 36.9 Darjah Celsius!

Fenomena cuaca panas akan terus melanda negara dengan gelombang haba mencecah 35-36.9C darjah Celsius di sepuluh (10) kawasan.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebook miliknya berkongsi amaran tahap pertama suhu itu selama 3 hari di Muar, Kepong, Maran, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping.

Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlalu terdedah pada cuaca panas ini bagi mengelakkan serangan strok haba.

Sumber: Siakap Keli

Siaran Media Jabatan Meteorologi Malaysia: Cuaca Panas Semasa Penghujung Monsun Timur Laut

BACA:  Gadis Jepun ini peluk Islam kerana kecantikan akhlak Islam

Negara kini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung bulan Mac 2019. Secara klimatologinya, tempoh penghujung Monsun Timur Laut ini merupakan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak. Dalam tempoh ini, ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan keadaan cuaca yang panas.

Keadaan cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan negara dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula hujung April 2019 berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan mengemukakan laporan kepada agensi terlibat untuk tindakan penguatkuasaan berkaitan keadaan cuaca panas dan kering. MMD juga mengemaskini status gelombang haba setiap hari dan peta ini boleh diperoleh di laman web jabatan.

BACA:  Qatar tawar RM35.6 juta bantu Gaza

Semasa tempoh cuaca panas dan kering sekarang, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya. Selain itu, orang ramai perlu sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MMD.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD)
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!