≡ Menu

Doa Bagi Menangguh Dan Menghentikan Sementara Haid Wanita

Ayat dan doa ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadhan mahupun ibadah haji dan umrah.

Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan mengamalkan doa berikut:

A. Doa

Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.

B. Bacaan Ayat dan Surah

Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:

1) Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) :

2) Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :

3) Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :

4) Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4

BACA:  Petua Baby Tidur Mudah

5) Baca Selawat Nabi :

C. Waktu Masa Membacanya

Doa dan ayat-ayat di atas boleh dibaca ketika:

  1. Selepas kedatangan haid terakhir.
  2. Sewaktu dijangka haid akan tiba.
  3. Setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu.
  4. Apabila hendak berangkat ke Tanah Suci.
  5. Sepanjang berada dalam ihram.

D. Cara Mengamalkannya:

  1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah) lalu dihembuskan ke dalam air.
  2. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah ini.” Lalu ditiupkan ke dalam air.
  3. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. Insya’Allah mujarab.
  4. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
  5. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya Allah سبحانه وتعالى mengizinkan, maka kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.
BACA:  Pahala Yang Paling Besar Untuk Suami Adalah Nafkah Yang Diberikan Kepada Isteri Mereka

E. Doa Penamat

Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya kepada kitaran haid yang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah ﷺ sepertimana terdapat dalam Surah Al-Isra’ berikut:

Allahus Somad! Bermohonlah dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan hati kepada Allah سبحانه وتعالى. Kita hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakal, sekiranya diamalkan dengan keyakinan yang tinggi, Insya’Allah, ianya akan mujarab.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

~shafiqolbu~

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!