≡ Menu

Doa Ini Boleh Memberi Anda Jawapan Untuk Menyelesaikan Hutang


Hutang adalah satu beban. Selagi tak selesai hutang memang tak boleh nak tidur dengan nyenyak. Takut-takut kalau mati mesti roh tergantung.

Sebenarnya, sebagai umat Islam kita sangat beruntung kerana Allah swt telah memberi kita petunjuk dan rahmat. Malah, Allah swt sudah menyediakan kita ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai doa untuk mengurangkan beban kita.

Ini doa yang mungkin anda boleh baca untuk membantu anda menyelesaikan hutang anda.

Maksud:

doa ini boleh membantu anda menyelesaikan hutang
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

BACA:  Solat Wanita Yang Mencukur Bulu Kening

Amalkan doa ini sebelum tidur dengan baring ke kanan dan baca. Serahkan hati anda kepada Allah swt dan Insha Allah, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Sumber: layansudah.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.