≡ Menu

Doa Selepas Azan Mustajab Di Sisi Allah SWT

Kita hendaklah menyahut suara azan sepertimana azan itu dikumandangkan :

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kalian mendengar seruan (untuk solat), maka sahutlah (kalimat demi kalimat) sebagaimana yang dikumandangkan oleh muazin.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Umar bin Khataab ra. Ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila muazin mengumandangkan (kalimat azan) ‘Allahu akbar, Allahu akbar’ maka salah seorang dari kalian menyahut dengan ‘Allahu akbar, Allahu akbar.’ Kemudian ia mengumandangkan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’ disahut dengan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasool Allaah’ disahut dengan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasool Allaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-salaah’ dan disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-falaah’ disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’ Kemudian dikumandangkan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ disahut dengan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ Kemudian ia kumandangkan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’ disahut dengan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’, Semuanya diucapkan dengan seikhlas hati, nescaya ia masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Sahal bin Saad ra, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua macam yang tidak ditolak iaitu doa ketika (berakhir) azan dan doa ketika peperangan berkecamuk sehingga berbaur sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain.” (Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad Sahih)

BACA:  Amalkan ayat ini tujuh kali sehari untuk melepaskan dari kesusahan dan menjemput rezeki

Selepas azan dikumandangkan, kita disunatkan :

1. Berselawat kepada Rasulullah SAW.

Disunatkan berselawat kepada Rasulullah SAW bagi pendengar setelah selesai azan. Selepas itu baru berdoa memohon wasilah kepada Rasulullah SAW. daripada Abdullah bin Amru bin al-Ass bahawasanya beliau mendengar

Rasulullah SAW bersabda :

إذا سمعتم المؤذن فقولوا مثل ما يقول ثم صلوا على فإنه من صلى عليّ صلاة صلى الله عليه بها عشرا ثم سلوا لى الوسيلة فإنها منزلة فى الجنة لا تنبغي إلا لعبد من عباد الله وأرجو أن أكون أنا هو فمن سأل لى الوسيلة حلت له الشفاعة.

Maksudnya :” Apabila kamu mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti yang dia sebutkan dan kemudian hendaklah kamu berselawat ke atasku, ( kerana ) sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku dengan hanya satu selawat Allah akan merahmatinya dengan sepuluh kali ganda ( selawat tadi ) dan kemudian mintalah kepadaku Wasilah kerana ia adalah satu pangkat dalam syurga yang tidak akan dicapai melainkan oleh seorang sahaja daripada hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orang itu ( yang mendapat wasilah itu ), maka yang memohon kepadaku wasilah maka dapatlah baginya syafaat. ( Hadis Sahih Riwayat Muslim ).

BACA:  Mengapa Seorang Wanita Dilarang Menghantar Jenazah Suaminya Ke Kubur? Ini Sebabnya...

2. Membaca doa selepas azan :

Dari Jabir bin Abdullah ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca: (‘Allaahumma Rabba haadhihi’l-da’wat il-taammah wa’l-salaat il-qaa’imah, aati Muhammadan il waseelata wa’l-fadeelah, wab’athhu maqaaman mahmoodan illadhi wa’adtah), nescaya tersedialah baginya syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Berdoa untuk keselamatan (keafiatan) di dunia dan akhirat.

Dari Anas ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Doa antara azan dengan iqamah, tidak akan tertolak” (Hadis Riwayat Abu daud, Tirmidzi, An-Nasai, Ibnu Sunni dan lain-lain).

Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan sahih. Menurut riwayat Tirmdzi ada tambahannya: “…….Mereka bertanya, “Apakah yang kami baca(ketika itu) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mohonlah kepda Allah keselamatan (keafiatan) di dunia dan di akhirat.”

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!