≡ Menu

“Baru Saja Meluah, Tapi Allah Dah Bagi!” Doa Seorang Isteri Untuk Bebaskan Kesusahan Suami

Termenung kejap mengenangkan kesusahan suami nak bahagiakan hati seorang isteri. Bukan suami tak mencuba untuk mencari duit lebih tetapi mungkin rezeki terbaik masih belum sudi menyinggah.

Jadi macam biasa, aku memlilih untuk berdoa demi sebuah ketenangan.

“Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.”

Usai berdoa, aku terus melipatkan sejadah dan kain solat dan letak di tempat yang sepatutnya. Belum sempat membuka pintu, phone yang elok di atas katil tiba-tiba berbunyi.

Hmm… mesti dia col ni nak tanya anak-anak buat apa.

Detik hati ku tenang.

Seperti biasa suamiku akan bertanyakan tentang anak-anak, maklumlah berjauhan kejap. Tak pernah lagi beraya tanpa suami, tetapi kali ini aku redha memandangkan rezeki cukup-cukup makan.

Ada kereta nak dibaiki.
Ada hutang nak dilangsaikan.
Ada duit yang patut dibahagi-bagi.

Tak lebih dan tak kurang. Tak suka mendesak demi kehendak, aku patuh bila suami meluahkan emosinya sedikit sedih sebab tak dapat cuti.

Walau hakikatnya sedikit terkilan, aku telan bulat-bulat. Cuba letakkan hati yang rabak jauh-jauh untuk sembunyikan rasa di hati.

Rezeki Luar Biasa Muncul

Dalam emosi tenang selepas meluah pada Pemberi, tiba-tiba suami selitkan cerita bahagia tentang rezeki yang bakal muncul. Bukan sedikit tetapi berganda-ganda! Katanya, separuh rezekinya aku akan miliki.

BACA:  Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat

Allah, baru je meluah tetiba Dia dah bagi. Alhamdulillah… aku terima dengan berlapang dada.

Sungguh… orang-orang yang bersyukur sangat sedikit, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

“ … SEDIKIT DARI HAMBA-KU YANG BERSYUKUR.” [SABA’ :13]

Setiap mukmin dan mukminah diperintahkan untuk bersyukur kerana dengan bersyukur, Allah akan menambahkan riezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Allah berfirman:

ذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“DAN (INGATLAH) KETIKA RABB-MU MEMAKLUMKAN, ‘SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, NISCAYA AKU AKAN MENAMBAH (NIKMAT) KEPADAMU, TETAPI JIKA KAMU MENGINGKARI (NIKMAT-KU), MAKA PASTI ADZAB-KU SANGAT BERAT.’” [IBRAHIM : 7]

Seorang isteri diperintahkan untuk bersyukur kepada suaminya yang telah memberikan nafkah lahir dan batin kepadanya. Kerana dengan syukurnya isteri kepada suaminya dan tidak banyak menuntut, maka rumah tangga akan bahagia. Isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya dan banyak menuntut merupakan pertanda isteri tidak baik dan tidak merasa cukup dengan rizki yang Allah kurniakan kepadanya.

Apa lagi yang aku nak pertikaikan, suami tak pernah buat perangai dan pukul-pukul. Itu sudah lebih daripada cukup!

Kalau diimbas cerita rumah tangga orang yang pernah dekat denganku, macam-macam ‘perencah’ ada. Tetapi aku dengar sebagai pengajaran dan jadikan nota buat aku tak terlalu sedap dibuai mimpi.

Pernah Menangis Bersama Tapi Dia Pendengar Yang Baik

Ada suatu ketika, aku menangis sepuas hati. Masak pun kelaut, memang tak ada mood. Rasa penat yang amat, tak mampu nak sembunyikan lagi. Dengan urusan kerja, hal rumah tangga, dan jaga makan minum anak-anak… kadang aku rasa berat!

BACA:  Bacalah Surah Ini Sewaktu Sakit Hingga Ajal Menjemput, Tubuh Tidak Akan Membusuk Dalam Kubur. InsyaAllah

Rutin mak-mak, baru kemas rumah anak dah buat sepah balik. Baru nak masuk tandas, anak dah menangis ketuk-ketuk pintu. Seminit letak kepala nak lelapkan mata, anak dah kejut tanya macam-macam. Malah aku jenis mak-mak yang cari duit tepi dengan bekerja dari rumah. Mana ada masa nak rehat.

Allah… itu yang aku terduduk menunggu suami pulang untuk pinjam bahunya. Dipujuknya aku sampai aku rasa tenang. Selesai berkongsi emosi, aku terus ke dapur meneruskan tanggung jawab aku macam hari-hari sebelumnya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Benarlah, meluah itu bagaikan satu terapi. Bukan tak boleh meluah pada keluarga yang lain tetapi percayalah isteri lebih selesa meluah segala yang menyesakkan dada pada suaminya sendiri. Kerana di sebalik luahannya itu tersembunyi rasa ingin dimanjai dan dikasihi.

Sekarang, ada tak yang sudi bahagiakan hati seorang isteri? Walau cuma dengan sebiji gula-gula, wanita itu pasti akan menghargai.

Sumber: Mingguan Wanita via Nur Amni Hussin

.

error: Content is protected !!