≡ Menu

Hentikan Budaya Beza-Bezakan Cucu. Pilih Kasih Hanya Mencalarkan Emosi Kanak-Kanak


Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak-anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu-cucu mereka yang lain? Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut.

Anak Tercalar Emosi Kerana Favoritism

Ada di antara kita memang punyai favorite di antara anak-anak atau cucu-cucu kita. Mungkin kerana personalitinya atau sikapnya atau apa-apa sahaja.

Namun, adalah amat penting kita berkelakuan adil dengan yang lain. Jangan kita menampakkan favoritism itu melampau.

BACA:  Tips Untuk Ajar Anak Agar Taat dan Hormat Kepada Yang Lebih Tua

Bila kita terlampau melayan mesra yang favorite itu dan yang tidak diperlakukan bagaikan tidak dipedulikan, ia akan mencalarkan hati yang bukan favorite itu. Kita mungkin rasa ok sekarang. Namun, ketahuilah, ianya tidak akan ok nanti.

Tentu Amat Sedih Jika Anak-Anak Atau Cucu-Cucu Kita Melihat Favoritism Diamalkan Di Dalam Keluarga Kita.

Oleh itu sayang Ibu, jika ini berlaku didalam keluarga mu, anak yg tidak ‘difeveretkan’ itu, selalu ingatkan pada mereka bahawa anda sayang mereka dan sayang yg amat sgt.

BACA:  Antara tanggunjawab suami pada ibu dan isteri. Mana lebih utama?

Jika mereka mengadu sedih, ajak mereka merasakan sayang Allah dan ajar mereka berdoa dan memaafkan orang yang mencalarkan emosi mereka.

Keredaan (redhaan) mendekatkan diri kita kepada Allah dan kita tidak hilang diri kerana kemarahan.

Sesiapa yang telah melalui favoritism yg menyedihkan diri, I would like to give you a virtual hugs. Just know that “You Are Enough and You Are Loved” Allah loves you!

Sumber: Ibu Rose

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.