≡ Menu

Hutang Bank Adalah Sistem Perhambaan

Sistem riba menjadikan barang jadi mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluru rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan NAFSU membeli lagi rumah baru/kereta baru yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang.

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru.

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Tahukah kita, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA.

Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000

Bank adalah sistem ciptaan Dajjal melalui agennya Freemason untuk memperhambakan umat manusia.

Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Riba adalah ciptaan yahudi.. Sedangkan di negara Israel TIADA RIBA
Mereka menyimpan dinar emas

Renung-renungkanlah…

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.

Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, contohnya kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan senang hati.

Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.

Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.

BACA:  4 Negeri Yang Dianjurkan Rasulullah SAW Dihuni Pada Akhir Zaman

Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan.

Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.

Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

Jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.

Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah memberi amaran bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja.

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”

( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

– Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :

“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “

(Riwayat Muslim)

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”

(Surah Ali Imran – Ayat 130)

ROTHSCHILD SEDANG MENGUASAI MALAYSIA

Keluarga Rothschild amat menyukai peperangan kerana peperangan merupakan penjana hutang secara besar-besaran yang bebas risiko dan cara mudah untuk mengurangkan populasi dunia. Matlamat keturunan Firaun ini juga adalah untuk menghancurkan Islam.

Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi bersama Illuminati diketuai oleh Rothschild di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Antara kejadian pelik seperti serangan 9/11, MH370, MH17, QZ8510 etc..

Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang pemimpin memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi. L

angkah ini sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan tergadai semua harta sesebuah negara.

BACA:  Azab Yang Bakal Dihadapi Wanita Muslim Yang Tidak Berhijab & Menutup Aurat

Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua
negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang RIBA yang berlipat kali ganda.

Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.

PERMAINAN POLITIK, PERPECAHAN BANI MELAYU

Hobi Dajjal adalah melaga lagakan dan berdusta melalui media.

Ketahuilah bahawa tugas Rothschild adalah mencetuskan perang, kemudian Rothschild akan menaja setiap negara yang berperang.

Contoh dalam perang Wellington yang dicetuskan oleh Rothschild.
Keluarga Rotschild bekerjasama membekalkan emas kepada pihak yang berperang (melalui Nathan di England) dan tentera Napoleon (melalui Jacob di Perancis) dan mereka memulakan polisi memberi dana kepada kedua-dua belah pihak yang berperang.

Begitu juga dalam senario politik di Malaysia, orang2 Freemason akan menyusup masuk dalam setiap parti untuk membuat perkara pelik pelik, menyebar fitnah dan melaga lagakan, agar bani melayu hantuk kepala sesama sendiri dan bepecah belah.

Bila umat Islam jadi lemah, SENJATA umat islam paling hebat iaitu DOA menjadi tidak mustajab. Hari ini kita boleh lihat pak imam, khatib, ustaz2, para ulamak pun boleh termakan fitnah dajjal dan menyebar fitnah walaupun sedang berada didalam rumah Allah.

Senjata utama Dajjal memecah belahkan umat Islam ialah “PEMBOHONGAN”. Pembohongan bermaksud “Dusta” itu adalah gelaran yang sinonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal yang mengawal media dan menguasai Malaysia.

Keluarga Rothschild juga mempunyai ramai Agen-agen di seluruh negara didunia untuk melaksanakan Rancangan Untuk Mereka, supaya Keluarga Rothschild dapat berada dibelakang tabir.

They create it, we play it. Master of puppets….

PROJEK ”MIND CONTROL’

Keturunan Rothschild berperanan sebagai pengawal yang mengawal pergerakan media, sejarah dunia, politik, bank dan kerajaan. Rothschild hanya mengikut arahan dari Dajjal. bermakna Dajjal sedang memerintah dunia.

Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri. Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden, manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM.

Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka. Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na’uzubillah.

Malangnya ramai dikalangan manusia tidak menyedari Syaitan berada ditengah-tengah mereka..

Kerana tidak menyedari Syaitan dikalangan manusia yg jauh lbh kejam dan jahat sedang menjahanamkan seluruh sistem kehidupan masih bebas mencatur dunia.

Rasulullah SAW bersabda:

”DI ANTARA PENCIPTAAN ADAM DAN TERJADINYA KIAMAT, TIDAK ADA FITNAH (DUGAAN) YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA FITNAH DAJJAL”.

#hapushutangdanriba
#geranbersyarat
#sistemKAPITALISvssistemMOEKRI
#gagasandakwahekonomi3m

Nak tahu kaedah penyelesaian hutang berlandaskan Islam klik join group 👇👇

https://m.facebook.com/groups/485463115208262

Wardah Iman

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!