≡ Menu

Ini 15 Kelebihan Suami Isteri Mandi Bersama, Salah Satunya Dapat Kurangkan Tekanan


Kehidupan berumah tangga bukanlah semata-mata mencari keseronokan berpasangan, sebaliknya satu amanah Allah SWT yang seharusnya dipikul secara bersama oleh suami dan isteri.

Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 32 bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?.”

Oleh itu sama ada suami mahupun isteri perlulah sama-sama menyuburkan hubungan suami isteri antaranya ialah suami isteri mandi bersama.

Berikut perkongsian berguna daripada Akhtar Syamir

Kelebihan mandi bersama bagi pasangan suami isteri.

Ilmu rumahtangga ini hanya untuk pasangan suami isteri yang sah. Ilmu ini sangat bernilai dan jarang dibincangkan. Inilah sebabnya saya terpanggil untuk membuat penulisan berkenaan dengan hal ini kerana ianya amat baik. Sila tinggalkan pandangan negatif anda ke tepi dan buka hati serta minda untuk menerima ilmu ini.

Kelebihan mandi bersama bagi pasangan suami isteri.

1. Membantu pasangan membina kepercayaan.
Apabila berdiri di hadapan orang yang anda cintai tanpa seurat benang pun, tiada apa lagi yang diselindungkan. Di sinilah saatnya anda menjadi semakin percaya dengan pasangan anda dan pasangan terhadap anda juga.

2. Membina keyakinan.
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan terutamanya dari segi fizikal. Keyakinan diri akan meningkat sangat tinggi apabila pasangan anda membuktikan yang dia menerima anda seadanya semasa mandi bersama.

3. Membina komunikasi yang harmoni.
Komunikasi sesama pasangan suami isteri tidak terhad kepada lisan sahaja. Segala gerak tubuh dan sentuhan menjadi satu “percakapan” yang difahami. Apabila komunikasi berjaya terjalin hanya melalui sentuhan, tahap komunikasi perhubungan anda sebenarnya telah berada di tempat yang lebih tinggi lagi.

4. Menjadikan pasangan gembira.
Jadikan ianya saat yang indah. Apa yang dilakukan ini halal. Di hadapan anda itu pasangan yang sah. Anda miliknya dan dia milik anda. Bergembiralah, raikan saat indah ini bersama. Tiada siapa yang berhak menghalangnya. Ia pasti akan menggembirakan.

BACA:  Wahai Isteri, Jangan Berhutang Tanpa Pengetahuan Suamimu

5. Meruntuhkan dinding pemisah antara pasangan.
Jika dahulunya pasangan masih malu, mandi bersama bakal meruntuhkan dinding pemisah antara pasangan. Selepas disatukan dengan ikatan perkahwinan, yang dua itu perlu menjadi satu. Tidak perlu malu lagi dan mandi bersama ini sangat-sangat membantu menghilangkan perasaan malu itu.

6. Menambah nilai romantik dalam perhubungan.
Romantik ialah suatu sifat dan perkara yang boleh dibina. Sekeras-keras manusia, pasti ada titik lembutnya. Mandi bersama dapat menyumbang kepada perhubungan yang lebih romantik.

7. Membuatkan pasangan tenang.
Jika fikiran sentiasa berserabut, mandi bersama dapat menenangkan hati dan jiwa. Jadikan sesi itu satu proses terapi yang lembut dan perlahan. Ia pasti menenangkan.

8. Mengurangkan tekanan.
Lepaskan segala tekanan dunia sama ada di tempat kerja atau di rumah dengan mandi bersama. Ketenangan yang dicapai bakal mengurangkan segala tekanan yang ada. Hasilnya sangat positif.

9. Merapatkan hubungan dan meningkatkan keintiman.
Pernah terfikir yang perhubungan anda semakin lama semakin renggang? Cubalah mandi bersama. Ia bakal merapatkan kembali perhubungan anda dengan meningkatkan keintiman bersama. Biarkan kenangan cinta itu kembali mekar dan hangat.

10. Boleh membersihkan pasangan dengan lebih baik.
Ini salah satu kelebihan yang sangat berguna. Pasti ada bahagian di badan yang sukar untuk dicapai dan dibersihkan dengan sempurna. Sudah tentu tempat yang sukar dicapai itu jarang kita lihat sendiri. Pasangan boleh memainkan peranan dengan membersihkannya. Ini termasuklah ketika anda membersihkan rambutnya. Si dia pasti menghargainya.

11. Sangat baik untuk perbualan peribadi.
Di dalam bilik mandi juga sesuai untuk perbualan yang bersifat peribadi dan tidak sesuai diperkatakan di luar. Pada sesi inilah ianya boleh diperkatakan dan dibincangkan.

12. Boleh dijadikan satu temujanji yang sempurna.
Kenapa tidak? Jika mandi bersama dijadikan dan dianggap sebagai satu temujanji yang hangat, apa salahnya? Jadikan ia satu pertemuan bersama yang sempurna tanpa ada sebarang halangan.

BACA:  Awas!! Ibu Jangan Ambil Lagi Ubat Ini Ketika Hamil Jika Tidak Mahu Anak Sumbing

13. Ianya sangat menyeronokkan.
Jika ditambah dengan gurau senda, anda dan pasangan bakal menjadikan sesi mandi bersama ini satu aktiviti yang menyeronokkan. Malah mungkin boleh dijadikan satu perkara yang suka dibuat berulang-ulang kali.

14. Saat yang terbaik untuk nakal dengan pasangan.
Jangan nakal di luar dengan orang lain, jadilah seorang yang nakal dengan pasangan semasa mandi. Realisasikan segala imaginasi supaya fokus anda kekal tertumpu pada pasangan sendiri sahaja.

15. Sangat mengghairahkan.
Mandi bersama boleh menjadikan anda dan pasangan amat mengghairahkan. Ini sangat penting dalam mendorong semangat kecintaan yang sangat tinggi. Gunakanlah kelebihan situasi ini sepenuhnya bersama pasangan.

Jika anda sudah baca sehingga ke baris ini, pastinya anda terdetik untuk mencuba. Di sini saya sertakan juga beberapa tip persediaan untuk mandi bersama pasangan.

↪ Pastikan tandas sentiasa bersih. Letakkan wangian jika mahu. Ia sangat membantu.

↪ Berhenti jadikan anak sebagai alasan. Anda berdua sudah dewasa, ikhtiarlah supaya anda berdua tidak diganggu.

↪ Rancang jika perlu. Kadang-kala masa dan kerja membatasi, rancanglah terlebih dahulu. Bina keseronokan dengan mengingatkan pasangan sementara hari itu tiba.

↪ Jika ini kali pertama, jangan tertekan. Anggaplah ia sesi yang sangat gembira dan bakal menjadikan hubungan anda lebih baik dari sekarang.

Amaran:

Kelebihan mandi bersama ini besar kemungkinan akan menjadi permulaan kepada hubungan bersama. Sila berhati-hati kerana keadaan mungkin akan menjadi licin. Keselamatan amat perlu diutamakan.

Semoga perkongsian berharga ini bakal mendetikkan niat dan membuatkan anda lebih bahagia bersama pasangan. Jika hubungan suami isteri itu membahagiakan, sudah tentunya keluarga akan menjadi lebih ceria.

Sumber kredit: Akhtar Syamir

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!