≡ Menu

“Islam Itu Indah. Ia Jadikan Saya Manusia yang Lebih Baik” – Paul Pogba

BINTANG Manchester United, Paul Pogba, mendedahkan dia mempersoalkan banyak perkara sebelum akhirnya memilih untuk kembali mengamalkan ajaran Islam.

“Islam bukanlah imej keganasan yang kita biasa lihat. Apa yang kita tonton daripada media bukan kenyataan. Islam itu indah”

 

View this post on Instagram

 

Eid Mubarak 🙏🏾🙏🏼🙏🏽 #eidmubarak

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

Tidak dibesarkan dengan ajaran Islam biarpun ibunya beragama Islam, Pogba mengakui merasa hilang arah kerana dibelenggu beberapa masalah sejak kebelakangan ini, dan menemui ketenangan selepas kembali kepada Islam.

BACA:  Peringatan! Jangan Pasang Ayat Ruqyah Di Dalam Kereta!

“Menjadi seorang Muslim membawa semua erti dalam hidup saya. Ia membuat saya lebih bersyukur.”Ia menyedarkan saya tentang banyak perkara dan menenangkan saya,” kata Pogba dalam satu temuramah yang disiarkan secara podcast oleh The Times.

Ramadan lalu, Pogba ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah, dan walaupun ia bukan kunjungan pertama, pemain tengah itu menyifatkan ia membawa perubahan besar dalam dirinya.

BACA:  Subhanallah! Inilah Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Insyirah Dalam Kehidupan Harian

“Saya mula melakukan penyelidikan sendiri. Saya berdoa bersama rakan-rakan lain dan saya merasakan perbezaan yang positif.

“Sejak itu saya terus lakukannya. Anda kena solat lima kali sehari, itulah tiang agama Islam.

“Islam membuka fikiran saya mengenai kehidupan akhirat. Ia buat saya jadi manusia yang lebih baik,” ujarnya.

Terjemahan oleh Astro Awani

Sumber: Fakir Ilmu

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.