≡ Menu

Isu Atlet Israel, IPC Lucutkan Hak Malaysia Sebagai Tuan Rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019


Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam satu kenyataan memaklumkan telah menarik balik hak Malaysia selaku tuan rumah untuk menganjurkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya diadakan pada 29 Julai sehingga 4 Ogos ini, di Kuching.

Keputusan ini sudah dijangka susulan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini yang tidak membenarkan atlet daripada Israel daripada memasuki Malaysia dan menyertai kejohanan tersebut.

IPC dalam kenyataan yang sama juga menjelaskan bahawa kata putus itu dicapai dalam mesyuarat lembaga pentadbiran IPC yang diadakan di London.

Mensyuarat itu dibuat selepas IPC mendakwa Kementerian Luar gagal memberi jaminan bahawa atlet Israel akan diberi perlindungan, tidak didiskriminasikan serta mendapat peluang untuk bertanding. Ini termasuklah kebenaran untuk mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.

BACA:  Hukum Pinjam Wang di Bank Menurut Islam

”Kejohanan Dunia perlu memberi peluang kepada semua atlet yang layak dan melindungi mereka daripada diskriminasi. Apabila sesebuah negara menafikan hak atlet daripada negara tertentu, atas alasan politik, jadi kami perlu mencari alternatif lain dan tuan rumah baru.

”Pada September 2017, apabila kami menandatangani persetujuan dengan Konsul Paralimpik Malaysia (NPC) sebagai tuan rumah, kami telah dijanjikan bahawa semua atlet boleh bertanding tanpa sekatan dan kejohanan tersebut akan bebas daripada diskriminasi,’‘ kata Andrew Parsons, wakil IPC.

BACA:  Tanda - Tanda Kemunculan Imam Mahadi Sudah Dapat Dilihat

Parsons juga mendakwa selepas perjanjian itu ditandantangani, telah berlaku perubahan dalam landskap politik Malaysia serta mendapat kerjaan baru dengan idea yang tersendiri.

Justeru Parson menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan kerajaan dan bertegas bahawa hal politik tidak boleh dicampur-adukkan dengan aktiviti kesukanan.

Terdahulu, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan bahawa negara ini tidak akan menganjurkan mana-mana acara peringkat dunia yang melibatkan penyertaan daripada wakil Israel di masa depan.

Sumber: Paralympic.org

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!