≡ Menu

Jadi Mangsa Gurauan ‘Tarik Kerusi’, Tulang Gadis Ini Patah & Menderita Lumpuh


Perbuatan bergurau bersama rakan dengan cara menarik kerusi ketika rakan ingin duduk pastinya pernah dilakukan kita sewaktu di zaman persekolahan.

Perbuatan sebegini lazimnya dibuat bertujuan hanya untuk bergurau. Namun, pada anda yang sering melakukan perbuatan ini untuk bergurau dengan rakan anda, anda dinasihati untuk menghentikan perbuatan ini segera.

Ini kerana, perbuatan bergurau dengan menarik kerusi ini sebenarnya boleh mengakibatkan kelumpuhan pada sesiapa yang menjadi mangsa,

Salah seorang pelajar yang menjadi mangsa gurauan tarik kerusi ini adalah Sinta Auliya, 19, yang berasal dari Indonesia. Dia telah didakwa sudah lumpur sekitar 3 bulan gara-gara terjatuh ketika kerusinya ditarik oleh rakannya.

Kejadian itu dikatakan terjadi di dalam kelas di sekolahnya. Menurutnya, dia telah menanggung akibatnya setelah 3 tahun gurauan tersebut berlaku.

“Buat yang bertanya, saya lumpuh, tetapi cuma lumpuh sementara, alhamdulillah. Dalam erti kata lain, saya tak boleh kemana-mana, tak boleh berdiri mahupun berjalan, saya terpaksa mengesot untuk ke tandas.

BACA:  Sejarah Asal Usul Kubah Masjid Dalam Senibina Islam & Fungsi Tersembunyi Kubah

”Selama saya sakit, saya hanya baring sahaja di katil dan saya sampaikan rasa tidak berguna lagi dan hampir putus asa pada ketika itu,” tulisnya menerusi akaun Twitter.

Akibat daripada gurauan menarik kerusi tersebut, tulang coccyx dan tulang belakangnya dilaporkan patah. Pada mulanya, Sinta telah cuba untuk melakukan rawatan alternatif seperti mengurut, namun rawatan tersebut makin menjadikan keadaan Sinta bertambah buruk.

Susulan daripada itu, kedua-dua ibu bapa Sinta berkeputusan untuk terus membawanya ke hospital. Doktor yang merawatnya menyatakan bahawa pembedahan yang perlu dilakukan itu agak memakan masa kerana berisiko tinggi. Doktor menyarankan supaya Sinta menjalani fisioterapi terlebih dahulu.

“Tapi keadaan tulang saya belum pulih sepenuhnya. Akhirnya doktor telah menyarankan saya untuk melakukan pembedahan,” ujar Sinta.

Difahamkan, keadaan Sinta semakin parah kerana dia didakwa tidak boleh berjalan mahupun duduk. Sinta harus menjalani pembedahan tulang coccyx dan memperbaiki tulang belakangnya yang patah ketika usianya baru mencecah 14 tahun.

BACA:  Pemuda Azan di Atas Bumbung Rumah Ketika Kebakaran

“Semasa saya berumur 14 tahun, saya tidak berpeluang untuk menikmati nikmat kehidupan normal seperti orang yang seusia dengan saya kerana saya perlu berjuang untuk sembuh dari penderitaan ini,” tambahnya.

Syukur, operasi yang mengambil masa kira-kira 5 jam pada tahun 2016 itu berjalan dengan lancar. Meskipun doktor menyatakan bahawa tulangnya itu tidak dapat sembuh sepenuhnya, namun Sinta tetap bersyukur kerana dapat berjalan kembali dan berada dalam keadaan baik sehingga kini.

Berikutan dengan kejadian yang menimpanya itu, Sinta menyeru kepada semua orang agar jadikan kisahnya ini sebagai pengajaran supaya kejadian yang menimpanya itu tidak berlaku kepada orang lain.

Sumber: makassar.terkini.id

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.