≡ Menu

Jangan Kerap Marah Anak

1. Rasulullah berpesan kepada kita bahawa sekiranya Allah berkehendakkan kebaikkan buat sebuah keluarga, maka akan dicampakkan rasa kasih sesama mereka. Sabda Rasulullah:

إِذَا أَرَادَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِأَهْلِ بَيْتٍ خَيْرًا أَدْخَلَ عَلَيْهِمُ الرِّفْقَ

“Sekiranya Allah menginginkan kebaikkan buat sesebuah keluarga, maka akan dicampakkan rasa kasih sesama mereka.” (HR Ahmad)

2. Malah dalam mendidik anak-anak, pendekatan berlembut adalah lebih baik daripada marah-marah. Disebutkan di dalam hadith:

عَلِّمُوا وَلا تُعَنِّفُوا فَإِنَّ الْمُعَلِّمَ خَيْرٌ مِنَ الْمُعَنِّفِ

“Didiklah anak-anak dan janganlah kamu bersikap keras. Sesungguhnya pendidik (kepada kebaikan) itu lebih baik dari mendidik dengan kekerasan.” (Kasyf al-Khafa’)

BACA:  Hukum Solat Tanpa Buang Make Up Dan Memakai Telekung Berwarna Warni! Muslimah Sila Ambil Perhatian

3. Biarpun dalam hadith yang lain, terdapat saranan untuk bertindak tegas terhadap anak-anak yang meninggalkan solat, namun mendidik dengan kasih sayang itu lebih utama. Ini kerana sifat marah-marah hanya akan mendatangkan kesan negatif.

4. Seorang sahabat Nabi bernama Jariah ibn Qudama al-Sa’di pernah bertanya kepada Rasulullah supaya diberikan nasihat kepada dirinya. Lalu Rasulullah menasihatkan kepada beliau supaya jangan marah-marah. Lalu Jariah berkata kepada dirinya:

BACA:  Susur Jalur Bani Israel - Ustaz Auni Mohamad

فإذا الغضب يجمع الشر كله

(Benar apa yang dinasihatkan oleh Rasulullah) Sesungguhnya sifat marah itu hanya akan menghimpunkan segala kesan jahat.” (HR al-Bukhari)

5. Artikel daripada majalah PA&Ma ini satu nasihat yang baik dan panduan buat ibubapa berhubung isu marah-marah anak. Tindakan marah-marah hanya akan menjadikan mereka lebih agresif dan sukar dikawal.

Lihat: Majalah PA&Ma

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.