≡ Menu

Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

Kenapa tuduh isteri hanya tahu menghabiskan duit suami saja, jika dalam Islam sendiri, ada 5 hak isteri yang wajib disediakan oleh suami?
Baru-baru ini, seorang isteri menangis-nangis kesedihan menceritakan nasibnya kepada theAsianparent Malaysia.

Ujar wanita tersebut, dirinya dihina dan dituduh menyusahkan suami sendiri apabila menggunakan duit suaminya. Namun, bukankah itu hak isteri dalam Islam?

Itulah realiti bila anda sudah berumah tangga. Apabila baru saja ingin beli barang atau sesuatu, pasti akan ada mulut-mulut yang sibuk “membawang” mengatakan isteri tersebut sengaja “menghabiskan” duit suami.

Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

Lebih-lebih lagi kalau isteri itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah. Mulalah ada makcik-makcik, mentua, ipar, biras, kawan-kawan mahupun siapa saja akan mula bercakap belakang.

Isteri dituduh menghabiskan duit suami – Bukankah itu hak isteri dalam Islam?
Oleh sebab ramai isteri di Malaysia yang sering teraniaya, ditindas dan tidak memahami dengan jelas tentang apa hak isteri dalam Islam yang wajib ditunaikan suami, kami akhirnya membawa isu ini untuk dijawab oleh Uztad yang mahir.

Uztad Fawwaz akhirnya menerangkan serba-sedikit tentang erti hak isteri pada duit suami yang wajar difahami oleh semua umat Islam.

“Dalam institusi rumah tangga, suami isteri wajib tahu hak masing-masing. Dalam Islam, setiap suami wajib melayani isteri dengan baik.

Manakala untuk isteri pula, anda wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam ini adalah agama yang sempurna.

Setiap hukum dan peraturan bukan hanya memihak kepada satu pihak sahaja, tapi pada semua pihak.”

5 hak isteri terhadap nafkah yang wajib diberi suami
Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

BACA:  Kalau Betul Nak Bentuk Sikap Anak, Biarlah Sebelum Umurnya 7 Tahun…

Kenapa menuduh seorang isteri menghabiskan duit suaminya, jika seorang suami itu sendiri wajib menyediakan 5 nafkah ini pada isteri?

Inilah hak isteri terhadap nafkah yang wajib diberi suami:

Makan minum isteri, duit belanja dapur dan bil
Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas seorang isteri adalah sebanyak RM3,00 setahun. Maka, ia bererti RM250 sebulan. Ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
Rumah yang selesa (untuk tinggal dengan aman dan memudahkan isteri membuka auratnya, tanpa individu bukan muhrim)
Ubat-ubatan

Pakaian baru 2 persalinan setahun (termasuklah pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll
Hal ini bererti seorang suami wajib menanggung semua nafkah dan perbelanjaan perkahwinan. Jika isteri bekerja, janganlah sesekali mengambil ringan isu ini.

Isteri yang tidak bekerja dan memilih untuk jadi suri rumah tangga juga bukan “tin kosong” semata-mata. Ada saja yang berpendidikan tinggi. Namun selepas berkahwin, terdapat pelbagai cabaran dan tuntutan lain yang perlu didahului.

Nasihat bernas tentang isu hak isteri terhadap duit suami
Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

“Kepada isteri, apabila sudah mengetahui tentang hak nafkah ini, janganlah pula “demand” lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami. Apapun, ikut kemampuan suami sendiri.

Jadilah penyejuk hati suami dalam apa keadaan sekalipun. Hakikatnya, bersyukur itu lebih membuatkan hidup anda bahagia. Amanah dengan duit yang diberi.

Buat suami pula, jika isteri bekerja, janganlah “sedap” menggunakan duit isteri tanpa izin. Kalau semua benda/urusan menggunakan duit isteri, jika dia tak menghalalkannya kelak, suami itu sendiri yang tak akan lepas di akhirat.

BACA:  'Baby dah letih menangis, sakit di dalam' - Bayi meninggal dunia kerana tiada sentuhan fizikal dan komunikasi

Bersyukurlah di sebalik sebarang cabaran dan ketidakmampuan, hakikatnya, ada hikmah yang tersembunyi. Allah SWT itu sendiri adalah pemberi rezeki dan pemberi rahmat.”

Hak isteri pada duit suami: Apa salahnya jika isteri jadi Gabenor Bank di rumah?
Kenapa Tuduh Isteri Menghabiskan Duit Suami Kalau Ini 5 Hak Isteri Pada Suami?

Jika sejak berkahwin ini, baki duit gaji anda suami isteri hanya mampu bertahan selama 2-3 minggu saja, percayalah – ini masanya untuk lantik isteri anda sebagai Gabenor Bank di rumah.

Kenapa? Kerana hakikatnya, wanita ini lebih teliti daripada lelaki. Mereka juga lebih berfikiran jauh. Jika isteri memegang semua duit suami, ini bukan bermaksud mereka “queen control“.

Tapi ia bermaksud mereka suami isteri telah bekerjasama untuk menggalas tanggungjawab ini. Cukuplah suami penat keluar bekerja di luar mencari rezeki. Isteri pula harus menjaga bajet kewangan keluarga dengan sempurna.

Apabila ditugaskan sebagai Gabenor Bank di rumah, isteri jangan pula culas. Lakukan bajet kewangan setiap bulan. Berikut antara langkah-langkah membuat bajet kewangan:

Senaraikan pendapatan bersih (selepas ditolak KWSP, SOCSO, Potongan Cukai)
Atur perbelanjaan (asingkan perbelanjaan tetap dan perbelanjaan berubah)
Buat anggaran perbelanjaan setiap bulan (perbelanjaan tidak boleh melebihi pendapatan. Kenal kehendak dan keperluan)
Rekod perbelanjaan

Semak kembali perbelanjaan yang telah dibuat pada akhir bulan, dan baiki bajet bulan hadapan
Ha! Kan senang. Lepas ini, semoga isu isteri menghabiskan duit suami tidak lagi menjadi isu panas yang sering dicanang-canang orang.

Percayalah, hanya orang yang “biasa” sahaja akan sibuk bercakap tentang orang dan rumah tangga lain.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!