≡ Menu

Khabib Kalahkan McGregor Yang Angkuh dan Mempersendakan Islam

TAHNIAH diucapkan pada KHABIB NURMAGOMEDOV dari Dagestan kerana kemenangan besarnya ke atas Conor McGragor yang dikenali bermulut lancang!

Kebiadapan McGragor sebelum ini memang menyakitkan hati, dari mengucapkan “assalamualaikum” sambil menghulurkan wisky kepada Khabib penuh angkuh kerana mahu melakukan provokasi agama hingga memanggil Khabib sebagai “terrorist” hanya kerana beliau seorang muslim.

Khabib hanya menahan diri dengan segala ejekan dan provokasi sehinggalah hari ini beliau melepaskan segala kegeramannya kepada McGragor di dalam gelanggang dengan membelasahnya agak teruk dengan kemahiran gustinya sehingga tak terkata McGragor. Akhirnya McGragor menyerah kalah apabila dikunci lehernya sehingga tidak mampu melepaskan diri.

Selepas kemenangan, Khabib sedikit hilang kawalan dengan menyerang konco-konco McGragor di luar gelanggang yang saya pasti kerana beliau diprovoksi agama atau provokasi rasis. McGragor yang “kerana mulut badan binasa” hanya mampu terjelepok diam menyaksikan “kegarangan” Khabib sorang-sorang menyerbu gengnya!

Aksi berani mati Khabib pada akhir perlawanan tersebut mengingatkan saya pada sahabat-sahabat Dagestan saya dahulu di Madinah yang juga rata-rata berhati kering sepertinya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saya sering bersama mereka, menyaksikan pergaduhan mereka, malah pergi haji bersama menaiki lori Kamaz sambil dikejar polis. Terkadang saya juga akan cuba bergusti dengan mereka ketika mengulangkaji malam periksa di masjid universiti.

Mereka ini hidup di bukit-bukit banjaran Kaukasus yang memang dikenali sebagai bangsa perang dan gagah. Gusti merupakan permainan asasi sejak dari kecil. Kalau dilihat pada telinga kanan Khabib seakan telah tercobek. Di sana, pemilik telinga sedemikian memang digeruni kerana menggambarkan empunya badan seorang kaki gusti sehingga tercobek telinga.

Khabib yang merupakan sahabat pada sahabat baik saya Gazi Magomedov, seorang “fighter” UFC yang tidak pernah terkalah setakat ini dengan rekod kemenangan 27-0.

Khabib juga seorang muslim yang baik dan cuba menjadi ikon muslim yang baik kepada dunia. Sahabat saya Gazi selalu bercerita tentang beliau. Sampai awal pagi ayah dan orang kampungnya tak dapat tidur ternanti-nanti perlawanan ini.

BACA:  "Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus". Mendalam Sungguh Makna Ayat Ini

Dikala para fighter sepertinya ramai yang bersikap liar, beliau pula menjaga kelakuan dan lisannya, serta sering melaungkan “alhamdulillah” pada setiap kemenangan atau sidang medianya, dan sering menyuarakan Islam sebagai keutamaannya berbanding sukan semata-mata. Atas alasan ini, beliau menjadi mangsa “boo”, dikecam dan dicemuh ramai di barat.

Apapun, kami bangga dengan kemenangan bergaya juara bertahan: Khabib Nurmagomedov!

BACA: Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor

BACA: “Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan

-Dr. Kamilin Jamilin-

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.