≡ Menu

Khasiat Ikan Sadin Segar – Dr Izaza Mohd Zan

Saya suka makan ikan sardin segar yang jual di pasar. Selepas bersihkan dan buang perutnya, saya goreng tepung atau goreng kunyit saja.

Saya bawakan perkongsian Dr Izaza Mohd Zan tentang ikan sardin segar.

Ramai yang beli makanan dalam tin sebab jimat masa dan jimat tenaga. Cuma makanan dalam tin ni tak berapa elok kalau dimakan kerap, sebab ada bahan pengawet yang banyak.

BACA:  3 Tanda Sakit Apendiks Mungkin Akan Berlaku Tanpa Anda Sedar

Cuba makan makanan yang fresh, lagi selamat dan berkhasiat. Macam ikan sardin, sebenarnya ikan sardin ni bagus sangat untuk ibu mengandung dan kanak-kanak

Sebab ikan sardin kaya dengan OMEGA 3, EPA dan juga DHA membantu perkembangan minda bayi dan kanak-kanak

DHA dan EPA dalam ikan sardin, juga boleh bantu kurangkan penyakit gusi jika gusi dan gigi ada inflammasi dengan syarat keadaan gigi dan gusi bersih dari plak

BACA:  “Doktor, Panadol ni boleh rosakkan hati, kan?”

Bukan tu je, kalau kita makan ikan sardin sekali dengan tulangnya, kita boleh dapat KALCIUM, VITAMIN D dan PHOSPHORUS dari ikan sardin tu sendiri

Banyak betul mineral dalam ikan sardin ni dan ramai yang tak tau. Ikan sardin ni sehebat ikan salmon dan ikan mercel yang mahal tu

Kredit: Dr Izaza Mohd Zan

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!