≡ Menu

Mahathir Dinobatkan ‘Muslim Man Of The Year’, Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai ‘Muslim Man of the Year’ dalam buku The Muslim 500 yang menyenaraikan 500 individu muslim berpengaruh di dunia setiap tahun.

The Muslim 500, menyambut ulang tahun penerbitannya ke-10 dalam edisi 2019, meletakkan Mahathir sebagai individu yang ‘luar biasa’ kerana berjaya mencipta sejarah sebagai perdana menteri kedua sekaligus menjadi pemimpin kerajaan tertua di dunia.

Gambar : The muslim 500
”Lelaki yang luar biasa ini mempunyai kerjaya politik dinamik merangkumi 70 tahun dan pada masa yang sama menjadi penulis kepada 17 buah buku yang diterbitkan.”

”Sepanjang kepimpinannya, pertama sebagai timbalan dan kemudian Perdana Menteri, menyaksikan ianya bertepatan dengan era pembangunan ekonomi dan sosial yang menakjubkan di negara Malaysia.”

”Pada 2003 Mahathir bersara, namun beliau kembali dalam arena politik pada tahun 2006 dengan mengkritik pengganti yang menjadi pilihannya ketika itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi kerana kelemahan dalam aspek ekonomi.”

BACA:  Lafaz Taklik Selepas Akad Nikah Untuk Negeri Di Malaysia

”Kemudian dia menjadi pengkritik bagi kepimpinan Perdana Menteri seterusnya iaitu Najib Razak dan sejak 2015, beliau berulang kali meminta Najib meletakkan jawatan.”

”Pada tahun 2017, Mahathir membina parti baru dan menyertai pembangkang di atas tiket Pakatan Harapan. Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib Razak sekaligus mengangkat Mahathir sebagai Perdana Menteri kedua.”

”Tidak kurang hebatnya bagi seorang ahli politik berusia 93 tahun dengan rekod dua serangan jantung dan satu pembedahan pintasan mencipta sejarah untuk Malaysia,” kata Profesor s Abdullah Schleifer, penulis buku The Muslim 500.

Selain terpilih sebagai ‘Man of the Year”, Mahathir turut tersenarai di tangga ke 44 dalam ‘The Muslim 500’.

Mendahului senarai tersebut, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, melonjak dari kedudukannya yang kelima pada tahun lepas, sementara penguasa Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud kekal di tangga kedua.

BACA:  Imej Setelit NASA Dedah Bumi Sedang Terbakar!

Gambar : Haber Merkezi/time.com
Tuurt kekal di tangga ketiga, penguasa Jordan, Raja Abdullah II Ibn Al-Hussein.

Presiden Indonesia, Joko Widodo turut tersenarai apabila kekal pada kedudukan yang sama dari tahun lalu iaitu di tangga ke-16. Presiden Singapura, Halimah Yacob menaiki anak tangga dari kedudukan ke-45 kepada kedudukan ke-41 tahun ini.

Manakala remaja dari Palestin iaitu Ahed Tamimi yang berusia 17 tahun diangkat sebagai ‘Woman of the Year’ di atas keberaniannya menampar tentera Israel pada Disember 2017.

Ahed Tamimi – Aljazeera/Alaa Badarneh/EPA-EFE
Buku yang dikeluarkan setiap tahun ini, disusun oleh sebuah Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam (Royal Islamic Strategic Studies Centre) yang berpusat di Amman, Jordan.

Sumber : The Muslim 500

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!