≡ Menu

“Makan Pil Minda Tak Jadikan Anda Einstein”

Sekarang ini banyak jenis pil yang dijual di pasaran kononnya boleh mengubah minda dan menjadikan seseorang itu genius. Lebih mengejutkan, penjualan ‘pil minda’ turut berleluasa di kalangan guru-guru.

Perkara itu mendapat perhatian Dr. Amalina Che Bakri yang menyelar tindakan guru yang terlibat dan menyifatkan perbuatan itu tidak beretika serta perlu dilaporkan.

BACA:  Sesiapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Seolah-olah Dia Menolak Pemberian Allah. Kenapa ? Baca Penjelasan Ini...

BACA: “Takut Anak Tak Cerdik, Ibu Bapa Paksa Makan Vitamin Minda”

Menurut Amalina lagi, makan pil minda tidak akan menjadikan seseorang itu bijak seperti ahli fizil Albert Einstein. Katanya, kunci utama untuk berjaya dalam pelajaran adalah kerja keras serta diet yang sihat.

Amalina turut menggesa dan meminta Menteri Pendidikan, Mazlee Malik untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada guru yang terlibat.

BACA:  Juruterbang Rakam Detik Awal Tsunami Palu dari Pesawat

Dalam pada itu, Amalina memberitahu dia tidak pernah sesekali mengambil ‘pil minda’. Amalina juga turut mendedahkan, selepas keputusan SPM diumumkan, dia pernah ditawarkan bayaran tinggi untuk memperomosikan produk ‘kismis minda’ namun dia menolak tawaran tersebut.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!