≡ Menu

Tangan Basah Main Telefon Yang Sedang Dicas, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Terkena Renjatan Elektrik

Malang tidak berbau. Tinggal beberapa hari sebelum raya, sebuah keluarga terpaksa menanggung kehilangan seorang anak yang pergi secara tiba-tiba tanpa diduga.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut direnjat elektrik ketika menggunakan telefon dalam keadaan basah selepas mandi.

Berikut merupakan perkongsian ibu saudara arwah, Cikna Nana.

PERINGATAN buat semua ibu bapa yang ada anak kecil.. Saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sepupu pada 2/6/2019 sedangkan semua sedang sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba 2,3 hari lagi..

Arwah sangat gemar main telefon.. Pada zaman sekarang boleh dikatakan 90% kanak-kanak tiada yang tak pandai main telefon..

Arwah baru lepas dimandikan oleh bapanya.. Selepas keluar tandas, bapa cakap tunggu sekejap nanti papa siap kan.. Si bapa masuk tandas untuk ambilkan kain tuala.

Selang berapa minit bunyi ada bnda jatuh. Si bapa buka pintu tengok si anak dah terkaku dengan badan kebiruan terus capai kain dan tarik si anak..

Tapi apakan daya tuhan dah atur semua.. Sudah takdir ajal maut sudah tertulis.. Si anak dengan tubuh basah terus pegang telefon yang sedang cas..

Kita tak tahu, kita tak nampak bahaya ada sekeliling kita.. arwah meningal sebab kena kejutan eletrik pada telefon..

Al-Fatihah buat Nur Fadila, 4 tahun.

Damai lah di sana wahai anak syurga..

Sebelum ini di luar negara, seorang remaja maut direnjat elektrik ketika mendengar lagu ketika mandi dengan menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.

Kepada ibu bapa, jadikan tragedi ini satu pengajaran untuk memantau penggunaan telefon anak anda dengan lebih ketat. Jauhi wayar elektrik daripada capaian si anak. Banyak bahaya yang terselindung di sebalik sebuah alat yang biasa.

Takziah diucapkan buat keluarga adik Nur Fadila, semoga Allah merahmati roh bidadari ini dan beri keluarga arwah kekuatan dan ganjaran atas kesabaran terhadap ujian yang berat ini.

Sumber: Cikna Nana & Siakap Keli

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.