≡ Menu

Mengapa Kaitkan Halal Dengan Kemunduran?

1. Sebuah hantaran di media sosial menjadi tular baru-baru ini apabila pemilik status membuat semakan tentang status halal sebuah jenama minuman bubble tea. Anehnya ramai pula non-Muslim yang memerli dan menyindir usaha Muslimah ini untuk mencari status halal minuman tersebut. Mereka menyifatkannya sebagai langkah kemunduran.

2. Untuk pengetahuan semua, mencari sumber yang halal itu adalah satu kefarduan buat seorang Muslim. Ia telah termaktub di dalam al-Quran bahawa seorang Muslim wajib memastikan sumber yang halal bagi makanan mereka. Firman Allah:

BACA:  Kisah Benar Anak Derhaka, Allah Bayar Cash Atas Dunia

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang ada dibumi ini dari yang halal dan baik” (al-Baqarah: 168).

3. Sekiranya anda tidak selesa dengan perkara ini, janganlah pula memerli prinsip hidup Muslim ini sebagai satu kemunduran atau menyebabkan negara akan jadi tidak maju.

BACA:  Sebelum Wujudnya Khabib, Di Rusia Sudah Ada Fighter Hebat Imam Syamil

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.