≡ Menu

“Menggunakan Ritual Pelik Berupa Pemujaan,” Pihak Pengurusan Tarik Bantuan Dewan, Abang Acap Kesal Sikap Segelintir Pengamal Perubatan

Desas-desus kehilangan Mohamad Asyraf menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.  Setelah lebih dua minggu, kelibat Acap masih belum ditemukan.

Selain usaha pencarian dari pihak Bomba dan penyelamat, pakar-pakar agama dan perubatan alternatif juga turut turun padang bagi membantu dalam misi pencariannya.

Walau bagaimanapun, sepanjang misi dijalankan, pelbagai kaedah telah digunakan pakai termasuk segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan ritual pelik dan pemujaan.

BACA:  Subhanallah!! Kenapa Allah Memilih Angka 7 Dalam Banyak PenciptaanNya?

Abang, Denny Lang melalui Facebook miliknya berkongsi rasa kesal terhadap sesetengah individu yang tidak sensitif dan menjadikan pencarian itu sebagai satu ‘acara’.

Disebabkan Ada Segelintir Pengamal Perubatan Yg Menggunakan Ritual Pelik Berupa Penyembahan Dan Pemujaan Maka Pihak Pengurusan Telah Menghentikan Bantuan Dewan Kepada Kami.

Tindakkan Pengamal Perubatan YgTidak Bertanggungjawab Begini Telah Memberi Kesan Buruk Kepada Unit Sukarelawan SAR Yg Datang Dari Segenap Pelusuk Tanah Air Termasuk Sabah & Serawak Utk Sama2 Serta Dlm Misi Pencarian.

Kemudahan Tersebut Satu Satunya Tempat Bagi Mereka Berkongsi Maklumat, Solat Dan Sedikit Istrirehat Setelah Penat Meredah Hutan Sungai Dan Paya.

Kami Bagi Pihak Keluarga, Sukarelawan Beserta Seluruh Warga Gopeng Berasa Kesal Dgn Tindakkan Segelintir Pengamal Perubatan Yg Tidak Bertanggungjawab Ini

Sumber: Denny Lang

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!