≡ Menu

Muhammad Adib Meninggal Dunia

Kuala Lumpur, 17 Dis : Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam ini.

Berita menyedihkan itu disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Jenazah Allahyarham Adib dijadualkan akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah, di sini pada esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke Kedah dan akan dikebumikan selepas Zohor. – Bernama

BACA:  Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor

إنا لله وإنا إليه راجعون

Semoga dia ditempatkan dalam kalangan syuhada. Takziah buat keluarga beliau.

Dia telah terkorban semasa bertugas demi negara hasil dari perbuatan kumpulan pengganas. Pihak berkuasa hendaklah segera membawa kumpulan pengganas tersebut ke pengadilan dan menerima hukuman yang wajar. Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan.

Pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan. Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 179:

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

BACA:  Rasulullah Berpesan Agar Jawab Teguran Gempa Bumi

Maksudnya : “Dan bagi kamu hukuman Qisas (bunuh balas itu) kehidupan wahai golongan Ulul Albab, mudah-mudahan kamu bertakwa”.

Jika pembunuh beliau tidak diheret ke muka pengadilan, maka tiada apa lagi yang puak pengganas dan pelampau itu akan akur terhadap undang-undang dalam negara ini.

Admin: (Hukum bunuh balas yang berjalan dalam negara kita itulah Qisas. Jangan kita dikelirukan oleh golongan yang tidak berpengetahuan

Sumber: DrMAZA.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!