≡ Menu

Nasihat Misi Buat Mak Ayah Yang Ada Bayi Bawah Usia 2 Tahun, Jangan Jadikan Anak Sendiri ‘Tikus Makmal’!


Sebagai mak ayah, amat penting mendalami ilmu keibubapaan, lebih-lebih lagi hal yang melibatkan kesihatan anak.Jangan jadikan anak sebagai ‘tikus makmal’dengan mencuba perkara-perkara yang boleh mengadaikan nyawa mereka terutama pada anak yang masih kecil dibawah usia dua tahun. Banyak kes yang berlaku, kematian anak berpunca daripada kecuaian dan kesilapan mak ayah sendiri akibat tiada ilmu yang betul.

Semoga perkongsian pengalaman dan nasihat oleh jururawat Siti Saleha Jaafar dapat dijadikan panduan berguna.

Berikut antara perkongsian oleh beliau;
Ada yang pm saya bertanyakan perihal status saya baby 3 bulan yang meninggal disebabkan oleh parent beri ubat tradisional..betul terjadi ke??

Maaf, saya tak boleh kongsikan details mengenai kronologi di fb atau messenger.Semua itu adalah confidential dan saya perlu menyimpan kemas kerahsiaan pesakit.

Ya, baru terjadi pagi tadi dan ya.
Saya yang attend bayi tersebut selepas pengasuh datang terus kepada saya.
Saya yang berlari membawa bayi tersebut hingga entah siapa lelaki-lelaki yang saya langgar dan rempuh.
Dan saya bersama-sama para doktor dan MA bekerjasama dan bergilir-gilir resus bayi tersebut.

BACA:  Kelebihan dan Khasiat Limau Kasturi

Cukup…

Nasihat saya sebagai misi cabuk kepada para ibubapa di luar sana:
1. Jangan beri makanan/minuman kepada bayi bawah 6 bulan
Walaupun bayi anda lahir cukup bulan atau bukan bayi pramatang, tetap ingat bahawa organ-organ utama dalaman bayi belum matang sepenuhnya..hatta nak beri air kosong pun dilarang

2. Jangan beri sebarang ubatan atau supplement kepada bayi dibawah usia 2 tahun tanpa arahan dan pemantauan doktor
Jika ubat/supplement yang dibekalkan adalah di bawah pemantauan dan nasihat para pegawai perubatan, ibubapa boleh beri.Jika doktor tidak beri ubat sedangkan anda sebagai ibubapa rasa anak tidak sihat, sila bertanya dan jangan buat keputusan sendiri dengan beri rawatan ubat tradisional pada bayi!!

3. Jangan jadikan bayi “Tikus Makmal”
Jadi ibubapa yang tegas!!jika ada kawan, makcik, pakcik, sepupu sepapat, nenek, atuk, moyang, buyut ke nak suap sesuatu kat mulut anak hatta air kosong sekalipun, tolong katakan TIDAK atau bawa anak jauh dari mereka..nak dengar pendapat orang boleh tapi jangan jadikan bayi sendiri “TIKUS MAKMAL” disebabkan kata-kata

BACA:  Daun Saderi Cuci Buah Pinggang?

“EHH, ORANG DULU-DULU ELOK JER BAGI..BESAR JADI ORANG PUN..”

“EHH..ANAK SI POLAN DAN POLAN TUE OK JER..TAK MATI PON..JADI ORANG BESAR-BESAR, BIJAK PANDAI LAGI..”

Anak orang lain bernasib baik tak menjadi penempah nisan tapi adakah nasib anak awak juga akan sama??

Kami marah, kami bebel bukan sebab benci, bukan ada kepentingan peribadi tapi apa yang kami larang dan nasihat sebab sayangkan nyawa manusia.Kita manusia bukan kucing yang orang kata ada 9 nyawa.

Jangan jadikan tindakan kurang cerdik kita sekarang akan menjadi penyesalan dan bayang-bayang hitam di kemudian hari..

Cukuplah tragedi hari ini yang terjadi depan mata saya..hiba hati dukung tubuh bayi sambil berharap bayi tersebut survive..sakitnya melihat tubuh kaku bayi tersebut..seolah-olah macam kena tikam dada, disiat-siat pedih dan sakitnya..

***salah satu punca tak boleh bekerja lama di wad kanak-kanak dan NICU

Semoga perkongsian ini bermanfaat.Kongsikan juga buat mak ayah yang lain.

Sumber: Siti Saleha Jaafar

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!