≡ Menu

Subhanallah, Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka

LONDON: Para saintis menyuarakan kebimbangan tentang keadaan lapisan ais di Greenland yang mencair lebih pantas daripada daripada yang dijangkakan sebelum ini, lapor Reuters.

Dalam laporan yang turut disiarkan dalam jurnal Nature, kajian mendapati peningkatan paras laut kini semakin mengancam bandar-bandar di tanah rendah, pulau dan juga industri di seluruh dunia.

Data ramalan tentang bila ia berlaku dan berapa tinggi paras kenaikan bagaimanapun masih berbeza-beza, sebahagiannya kerana para saintis masih belum jelas tentang kadar pemanasan laut dengan pencairan ais di kutub.

BACA:  Bajet 2019: 4.1 Juta Isi Rumah Akan Terus Terima Bantuan Sara Hidup Ganti BR1M

Menurut Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), pencairan ais di Greenland, yang juga kawasan ais kedua terbesar selepas Antartika, dijangka meningkatkan paras air dunia sehingga 0.8 millimeter.

Kajian yang dijalankan oleh kumpulan saintis dari Amerika Syarikat, Belgium dan Netherlands itu menganalisa lapisan cecair dalam teras ais di barat Greenland, untuk membangunkan rekod catatan selama 350 tahun.

Pasukan saintis itu mendapati, kadar pencairan ais Greenland begitu ketara sepanjang 350 tahun yang lalu dan peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.

BACA:  Larangan Merokok Di Semua Restoran Dan Premis Berkuatkuasa 1 Januari 2019

Kajian itu menunjukkan, walaupun insiden pemanasan yang tidak terlalu serius pada masa lalu hanya memberi sedikit atau tiada langsung kesan terhadap aktiviti pencairan ais, namun kejadian yang sama di kawasan beriklim lebih panas, mampu menyebabkan impak pencairan lebih ketara.

“Pada masa akan datang, bagi setiap darjah pemanasan, kita akan kehilangan lebih banyak ais. Ia terjadi sehingga dua kali ganda atau lebih, dan lebih tinggi risikonya berbanding impak akibat darjah pemanasan yang sama sebelum ini,” menurut kajian itu.

Sumber: Astro Awani

.

error: Content is protected !!