≡ Menu

Penganut Kristian sepakat jaga masjid ketika umat Islam solat


Biarpun berlainan agama, penduduk Kristian New Zealand mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam menunaikan ibadah.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Trip Kekawan, sekumpulan penganut Kristian di negara Kiwi berkenaan berjaga di sebuah masjid susulan insiden keg–anasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Chris–tchurch semalam.

“Menitis air mata melihat kasih sayang merentasi agama ini. Penduduk beragama Kristian di New Zealand menjaga masjid ketika Muslim sedang menunaikan solat dan meraikan mereka,” katanya.

Selain status terbabit, pengguna Facebook berkenaan turut memuat naik beberapa gambar mempamerkan penduduk tempatan berjaga di perkarangan masjid selain bermesra dengan jemaah rumah ibadah itu.

BACA:  Biasiswa Penuh Kerajaan Turki (Degree, Master, & Phd)

Status yang mendapat lebih 200 perkongsian itu turut menerima lebih 1,000 tanda ‘like selain 43 ulasan oleh pengguna Facebook lain.

“Orang-orang New Zealand memang terkenal dengan sifat baik, yang buat onar dan jahat dari negara lain, tempiasnya terkena kepada New Zealand. Moga Islam makin subur di bumi New Zealand, hikmah daripada kejadian kelmarin,” tulis pengguna Facebook dikenali sebagai Aliyaisma Ariffin.

BACA:  5 Perkara Papa & Mama Patut Tahu Tentang Vaksin Pneumokokal Di Malaysia

Sekurang-kurangnya 49 terko-rban, manakala 48 lagi mangsa termasuk tiga rakyat Malaysia ce-dera dalam insiden kega–nasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Christchurch.

Seran–gan itu disasarkan ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, apabila seorang lelaki menyerbu masuk dan melepaskan temba–kan rambang terhadap jemaah.

Ketika melakukan serangan terbabit, peny–erang bersenj–atakan ra–ifel itu turut memuat naik kegan–asan berkenaan secara langsung menerusi akaun laman sosial Facebook dan Twitternya.

Sumber : berita harian

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!