≡ Menu

Persoalan Status Halal Bubble Tea Berubah Menjadi Halalphobia

Sebuah hantaran di media sosial menjadi tular baru – baru ini apabila pemilik status membuat semakan tentang status halal sebuah jenama minuman bubble tea.

Menurut pemilik akaun Siti Mariam Zainon, beliau merasa ragu – ragu dengan status halal minuman Xing Fu Tang yang kian meningkat popular kerana diminum oleh artis dan ‘instafamous’.

Hasil dapatan beliau, sememangnya jenama tersebut tiada / belum ada sijil halal daripada JAKIM.

Beliau kemudian tidak menghalang secara langsung orang ramai untuk memboikot jenama tersebut, sebaliknya menggalakkan kesedaran umat Islam untuk lebih berjaga – jaga terhadap status halal sebuah produk makanan yang bakal menjadi darah daging, sesuai dengan tuntutan agama Islam.

Beliau malah turut meminta bantuan wargamaya untuk memaklumkan beliau sekiranya jenama tersebut sudah memiliki sijil halal.

Sekali imbas, ini hanyalah suatu perkongsian tidak prejudis seorang pengguna media sosial yang peka dengan kepercayaan agamanya.

Namun kemudian hantaran tersebut tular dan mendapat kecaman hebat.

BACA:  Polis Masih Belum Dapat Maklumat Acap Ditemui

Halalphobia

Majoriti yang melontar komen dan mengongsikan hantaran itu menariknya terdiri daripada kalangan bukan Islam.

Rata – rata mengkritik, dan mengecam mengenai konsep dan kesedaran produk halal dengan tema kesalahfahaman yang sama.

Halal dikaitkan dengan kemunduran.

Halal disindirkan dengan hubungan bukan mahram, perkara maksiat, dan merokok.

Sifat cakna terhadap status disindir dengan saranan tidak bernafas kerana udara tiada sijil halal.

Mereka yang risaukan status halal disifatkan sebagai tidak berusaha dan tidak mahu maju

Halal disindir dengan penerima derma darah yang tidak halal

Sebahagian portal media pula mengapi – apikan isu ini apabila mengemukakan sentimen ‘masuk neraka apabila meminum bubble tea’

Namun begitu terdapat juga wargamaya bukan Islam yang meminta agar kepercayaan beliau tidak dihina oleh bukan Islam yang lain.

“Mengapa kita tidak menghormati saja mereka walaupun kita tidak fahami sepenuhnya agama mereka? Kita orang Cina juga banyak pantang bukan? Mengapa tidak kita berdamai sesama kaum dan suka mengkritik orang pada topik yang kita tak fahami?”

Seorang bukan Islam yang lain menegaskan bahawa hantaran tersebut tidak lain hanyalah mengingatkan orang Muslim lain tentang kepentingan halal.

BACA:  Hukum Kahwin Wanita Yang Hamil

Sebahagian wargamaya lain mengungkapkan kesedihan kepada situasi masyarakat yang masih tidak memahami kepercayaan golongan majoriti walaupun telah hidup bersama berpuluh – puluh tahun.

“Adalah amat menyedihkan dan agak kasihan difikirkan apabila kita duduk disebuah negara yang 63% daripada populasinya adalah umat Islam, yang mana sudah pastinya mengelak macamanapun mesti pernah ‘stumble upon’ ataupun berlaga bahu dengan individu bergelar Muslim, namun konsep halal masih banyak mitos dan kesalahfahaman dikalangan rakyat Malaysia.

Entah di manalah silapnya.

Paling mengecewakan jika sebenarnya, ada yang faham tapi buat² tak faham hanya kerana benci dan prejudis kepada konsep dan sensiviti keperluan halal kepada orang Islam”

Sumber: Fakir Ilmu

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!