≡ Menu

Petua Untuk Mengelakkan Tumit Merekah Dan Berwarna Hitam. Memang Menjadi!

Kredit Facebook Siti Norshafika Amran

Masalah tumit merekah ni kebiasaannya lebih cenderung kepada kaum wanita. Terutama bagi mereka yang suka bertumit tinggi. Jadi, apa jalan penyelesaian korang yang paling berjaya setakat ini ?

Pernah tak korang dengar ada petua yang memerlukan 5 minit sahaja untuk tumit kembali licin seperti biasa ? Kalau tak pernah, Jom tengok petua yang kami nak kongsi kat bawah ni:

1. Limau nipis atau lemon dan juga garam

Menerusi pengguna Facebook Siti Norshafika Amran, langkah-langkah yang dikongsi memang mudah dan tak perlu keluarkan banyak kos pun tau! Jadi, bahan-bahan yang diperlukan cuma 3 benda sahaja.

Sediakan limau nipis atau lemon dan juga garam. Berus gigi diperlukan selepas Korang gosok pakai limau! Pastikan bulu berus itu kasar okay!

2. Listerine, cuka & air

Ini Perlu Buat:

  1. Sediakan campuran satu cawan Listerine, satu cawan cuka putih dan 2 cawan air.
  2. Rendam kaki di dalam bahan campuran tadi selama 15 minit.
  3. Setelah itu, gosokkan kaki menggunakan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
  4. Bilas dengan air bersih.
  5. Keringkan kaki dan guna pelembap untuk melembapkan kaki.
BACA:  Khasiat Pokok Mulberry Melambatkan Proses Penuaan, Migraine

3.  Tepung beras, madu dan cuka epal

Ini Perlu Buat :

  1. Gosok tumit dengan campuran 3 sudu tepung beras, satu sudu madu dan 2-3 sudu cuka epal.
  2. Kacau bahan-bahan tersebut untuk membentuk pes.
  3. Rendam kaki anda dalam air suam selama 10 minit, dan gosok lembut dengan menggunakan pes untuk menghilangkan kulit mati.
  4. Ulangi proses 2-3 kali seminggu.

4.  Pisang

Ini Perlu Buat :

  1. Lumatkan dua biji pisang yang telah masak ranum.
  2. Perlahan-lahan gosokkan bahan tersebut di tumit kaki selama 20 minit.
  3. Selepas 20 minit, bilas kaki anda dengan air bersih.
  4. Ulangi setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

5. Minyak sayuran

Ini Perlu Buat :

  1. Bersihkan kaki terlebih dahulu.
  2. Kemudian keringkan kaki dengan menggunakan tuala lembut.
  3. Sapukan minyak sayuran pada bahagian tumit yang bermasalah.
  4. Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
  5. Lakukan setiap hari sebelum tidur.
BACA:  12 Jenis Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Penghidap Kanser

6. Gel Aloe vera/ lidah buaya

Ini Perlu Buat :

  1. Rendam kaki dengan air suam dan gosok menggunakan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
  2. Keringkan kaki dan kemudian sapukan lapisan aloe vera yang tebal pada kaki anda.
  3. Pakai sarung kaki dan cuci dengan air suam pada keesokan paginya..
  4. Ulangi setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.

7. Belimbing Buluh

Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan, dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.

Caranya, ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.

Amalkan rutin ini setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.