≡ Menu

PTPTN: Isu potongan gaji akan dibawa ke Kabinet – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membawa isu Potongan Gaji Berjadual (PGB), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, Syed Sadiq berkata sistem dan jumlah bayaran adil untuk golongan muda perlu dilaksanakan oleh PTPTN.

Jelasnya, sistem PGB itu dilihat tidak adil kepada mereka yang secara konsisten membuat pembayaran mengikut perjanjian yang dibuat bersama PTPTN.

BACA:  13 Manfaat dan Khasiat Buah Betik Yang Tidak Ramai Orang Tahu

“Saya ambil maklum pandangan dan rintihan yang disampaikan oleh anak muda berkenaan kadar bayaran semula PTPTN. Pada esok hari, semasa mesyuarat jemaah menteri, saya akan bawa suara anda supaya kes ini dapat dipertimbangkan semula.

“Saya percaya, walaupun kita perlu membayar semula hutang, bayar tetap bayar, tetapi pembayaran itu perlu adil untuk membantu anak muda dan tidak terlalu membebankan mereka.

BACA:  Baki Hutang Dilupus Dan Perlepasan Cukai Untuk Majikan Antara 5 Dasar Baru PTPTN

“Khususnya kepada anak muda yang telah pun selama ini mambayar PTPTN, selepas berunding dengan PTPTN, patuh kepada syarat dan bayar menepati masa,” katanya.

Beliau pada masa sama berterima kasih kepada peminjam PTPTN kerana menyampaikan pandangan kepadanya.

Sumber: Astro Awani

.

error: Content is protected !!