≡ Menu

PU Pula Minta Dr Mujahid Letak Jawatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan kepada The Star menegaskan tidak ada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pun pintu dipecahkan pihak penguasa agama sekiranya mendapat laporan khalwat mahupun aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup bukan menjadi urusan kerajaan untuk diambil tahu. Namun, kenyataan tersebut mengundang reaksi pelbagai pihak yang tidak berpuas hati mengenainya.

Pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Syed Ishak menerusi Facebooknya mendesak Mujahid meletakkan jawatan kerana tidak mampu menyandang tugas seberat berkenaan. Tambahnya, kenyataan Mujahid sangat sesat dari segi menjaga kemaslahatan umat.

BACA:  Kebaikan Akan Menghapuskan Kejahatan. Usah Ragu-Ragu Dengan Janji Allah.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa agama mempunyai kuasa untuk menjalankan mandat melakukan serbuan ke mana-mana tempat dilaporkan. Apabila ada laporan kemungkaran berlaku, wajib untuk umat Islam mencegahnya walaupun tempat berkenaan tertutup.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Mujahid itu. Menurutnya, undang-undang berkenaan sudah lebih 50 tahun dan sebagai seorang menteri, Mujahid perlu faham undang-undang berkenaan.

Orang berkhalwat selalunya buat ditempat tertutuplah, kalau ada kesalahan (maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat.

Jadi kalau tak boleh tegah biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah, kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun.

Menurut mufti ini lagi, adalah sesuatu yang salah jika kemungkaran tidak dicegah. Beliau turut menasihati Mujahid supaya berbincang dengan pihak berkuasa agama sebelum memberi kenyataan kepada media untuk mengelakkan kecelaruan.

Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat dimana pun. Saya rasa kita jangan buat kenyataan di surat khabar tak tentu pasal mari kita bincang dahulu pergi ke jabatan agama, adakan mesyuarat macam mana, jadi kalau kita buat tak tentu pasal ia jadi celarulah.

Sumber: Sinar HarianPU Syed, Oh Bulan

BACA:  Sampah Bertimbun Petanda Kesedaran Agama Yang Cetek. Nauzubillah, Sama-Sama Kita Muhasabah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.