≡ Menu

Pusat Beli-Belah Himpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi


Mohd Fadzil Hashim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Raudhah City ingin melebarkan lagi sayap dengan membantu para usahawan bumiputera dalam dunia perniagaan.

Fadzil ingin mengajak lebih ramai usahawan Muslim dan Bumiputera untuk memasarkan produk mahupun perkhidmatan mereka dengan lebih besar.

Beliau sebentar tadi ada membuat video live (secara langsung) di laman Facebooknya lantas menyatakan hasratnya untuk membina sebuah tempat yang sesuai untuk pasaran Muslim.

BACA:  Adakah PTPTN Wajib Membayar Zakat? Ini Jawapannya Serta Apa Kesan Kepada Peminjam

Malah beliau juga berkata telah melakukan perbincangan mengenai perkara ini bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Perbincangan tersebut turut disertai En. Bazeer Ahmad dari Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia yang punyai lebih 3,500 buah kedai runcit.

Menurut Penolong Peribadi Mohd Fadzil Hashim ketika dihubungi Siakap Keli, antara rancangan strategik pihak mereka adalah untuk mempunyai sebuah pusat beli-belah yang merealisasikan penjualan produk berkenaan.

BACA:  Zikir Power Sebelum Berhajat Apa Sahaja InshaaAllah Semua Akan Termakbul

Katanya lagi, lokasi pusat beli belah tersebut masih dalam perbincangan.

Sumber: Fadzil Hashim/Siakap Keli

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.