≡ Menu

Sebab Inilah Mak-mak Kena Elak Guna Periuk, Kuali Non Stick


Kebiasaannya peralatan dapur mak-mak di Malaysia, baik periuk atau kuali memang banyak yang jenis non stick ni. Mana ada kan mak-mak yang suka goreng telur atau goreng ikan, melekat dekat kuali. Leceh nanti jadinya.

Jadi, mak-mak pun pilihlah kuali non stick tak melekat tu. Rupanya, kuali jenis itulah yang boleh menyumbang kepada risiko kanser. Ini yang dimaklumkan oleh Dr Rizal Abu Bakar

Hadamkan perkongsian beliau ini.

Sebab Inilah Mak-mak Kena Elak Guna Periuk, Kuali Non Stick
Contoh kuali non stick yang biasa ada di dapur mak-mak.
Mak-mak Elak Beli Peralatan Dapur Non Stick (Tak Melekat)
Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia online.

Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang kita guna setiap hari.

Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.

BACA:  RM22 Juta Dana Tabung Haji Disalurkan Untuk Aktiviti Politik?

Saya ni bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non stick cookware.

SAYA MEMANG AKAN ELAK BELI NON STICK COOKWARE SEBAB BAHAN KIMIA MACAM PFOA DAN PTFE.

PFOA ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahayanya.

PFOA DIKAITKAN DENGAN GANGGUAN KEPADA SISTEM ENDOKRIN DAN RISIKO KEPADA KANSER. BUKAN ITU SAHAJA.

Ada penyakit lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.

Kita Ingat Kita Sihat, Tiba-tiba Disahkan Sakit
Itu yang menakutkan. Macam silent killer tengah bekerja secara senyap. Kita ingat kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit.

PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine. Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.

Ada yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper toxicity.

BACA:  Kisah Nabi Isa a.s Menghidupkan Orang Mati

Sebab Inilah Mak-mak Kena Elak Guna Periuk, Kuali Non Stick

Ini Alatan Dapur Yang Selamat Untuk Mak-mak Guna
Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat sebab selamat dari coating toksid dari teflon.

Granite cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi bebas dari teflon, PFOA dan PFTE.

Untuk keselamatan kita kena tahu cara guna. Kena pastikan:

1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang.

2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.

3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium.

Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.

Sumber/Foto : DrRizal Abu Bakar yang juga berkongsi di grup telegram secara percuma. Boleh subscribe di https://t.me/neuroversiti.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!