≡ Menu

Semua Lelaki Ingin Yang Terbaik Untuk Anak Mereka, Doktor Ini Kongsi 10 Ciri-Ciri Ayah Yang Hebat


Susuk tubuh dan peranan seorang ayah sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan berkeluarga. Tidak kurang hebatnya dengan peranan ibu, ayah juga diperlukan oleh seorang anak bagi menyempurnakan hidup mereka.

Seperti yang kita tahu, segelintir lelaki yang bergelar ayah bijak dalam mengendalikan emosi mereka. Mungkin mereka tampak seperti tidak acuh dengan tingkah anak-anak tapi sebenarnya ayahlah orang yang sentiasa memikirkan tentang keluarganya.

Semua ayah di dunia ini ingin menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka namun tahukah anda ciri-ciri seorang ayah yang hebat ?

Entri kali ini akan berkongsi penulisan dari Dr Taufiq Razif tentang 10 ciri-ciri yang ada pada seorang ayah yang hebat.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

BACA:  6 Keberkatan Doa Ibu Yang Kita Perlu Tahu

Siapakah Ayah Yang Hebat?

1. Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya

2. Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan

3. Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya

4. Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya

5. Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan

Image result for daddy and children

6. Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya

BACA:  Nak WhatsApp Lain Jantina Ni, Ada Pantang Larangnya!

7. Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya

8. Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya

9. Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak anaknya

10. Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaikuntuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

Sumber: Taufiq Razif

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!