≡ Menu

‘Solat Dia Tak Pernah Tinggal. Saya Nampak Urusan Dia Sentiasa Lancar & Tak Pernah Susah’

Kisah kejayaan Dr. Nurul Huda ini wajar dijadikan tauladan serta ikutan anak-anak muda sekarang

Satu status yang dimuatnaik oleh Muhammad Faisal di akaun Facebook telah mengundang perhatian netizen yang rata-rata terkesan dengan kisah adik perempuan beliau yang kini berjaya bergelar seorang doktor.

Malahan, Muhammad Faisal sendiri dengan bangga mengakui bahawa beliau sangat mengagumi adiknya itu dan menjadikan beliau sebagai idolanya.

Baca status penuh di bawah:

Ini gambar saya ambil secara curi-curi. Apa yang saya nak kongsikan adalah apa yang saya nampak dari mata kasar saya selama saya hidup bersama adik saya.

Salah satu rahsia adik saya ini, hubungan dia dengan Allah. Dari kecil sampai ke besar, solat dia tidak pernah tinggalkan melainkan uzur sahaja. Bila saya tiba di bumi Euro pada tahun 2013 atau 2014, pertama kali bila saya menziarahi dia, saya pernah tengok dia solat di dalam bas, fitting room dan Al-Quran sentiasa ada di tangannya.

Kalau nak tahu, bukan senang nak jadi seorang doktor. Adik perempuan saya ini bermula dari UPSR 5A, PMR 9A dan SPM straight A (10A). Selepas itu dia menyambung pengajian di Asasi MSU, nak fight untuk mendapatkan biasiswa di bawah Mara. Untuk itu, dia perlu mendapatkan pointer 3.8 dan barulah layak pergi ke Poland. Tetapi keputusan pointer dia hampir 4 full.

BACA:  Khabib Kalahkan McGregor Yang Angkuh dan Mempersendakan Islam

Di bawah biasiswa Mara, dia berada dan berjuang di tempat orang (Poland) selama enam tahun. Keputusan dia sebenarnya cemerlang di Poland, saya cuma tahu di saat-saat akhir.

Yang paling best, selama dia duduk di asrama penuh, dia tidak pernah meminta duit dari keluarganya. Dia betul-betul mengharapkan duit biasiswa dari kerajaan dan program pelajar cemerlang. Sampai di tingkatan lima, duit yang dia kumpulkan itu diberikan kepada ibu saya.

Saya tak pernah tengok dia terasa susah. Saya nampak urusan dia seperti lancar dan dipermudahkan segala urusan. Dia cool dan relaks walaupun persaingan dia kuat dan banyak. Sampai ke hari ini dia masih belum bekerja tetapi masih boleh sponsor ibu saya dan dia tidak pernah lupakan keluarga. Elaun dari biasiswanya seperti lebih cukup seperti berkat rezeki dia.

Adik saya dah travel hampir 15 negara kalau tak silap saya, tanpa meminta duit dari ibu bapanya. Pada diri dia, handbag yang paling mahal pun saya rasa harganya tak sampai RM100.

BACA:  Kejadian Sungai Hilang Ditelan Bumi Semakin Kerap Berlaku

Bila dia pulang ke Malaysia, dia dah ada gelaran sebagai doktor. Masa depannya cerah, cuma nak beli kereta Perodua Kancil dan sebuah rumah kepada ibu saya untuk permulaan.

Saya nampak dia cuma menjaga hubungan dia dengan Allah dan kedua ibu bapanya. Siapa yang menjaga hubungan dia dengan Allah, pasti Allah akan melancarkan kehidupannya seharian. Kalau orang tanya siapa mentor saya sampai ke hari ini, orang itu tidak jauh iaitu adik saya sendiri, Doktor Nurul Huda.

Saya pernah ditegur dan dinasihatkan oleh dia. Walaupun abang, saya menerima benda yang baik daripada dia. Saya harap di dunia yang lebih mencabar ini, adik-adik saya dipelihara oleh segala musibah dan dilancarkan segala urusan mereka.

Begitulah kisah Dr. Nurul Huda yang sangat baik untuk dijadikan contoh ikutan

Apa yang baik kita jadikan amalan, dan apa yang kurang baik itu kita jadikanlah sempadan. Semoga terus sukses Dr. Nurul Huda!

.

error: Content is protected !!