≡ Menu

Ziarah Palestin & Masjid Al-Aqsa, Pasangan Ini Berkongsi Cara Untuk Melepasi Sempadan Jordan dan Palestin

Ziarah Palestin & Masjid Al-Aqsa

Mengunjungi Masjid Al Aqsa merupakan impian setiap umat Islam, ia merupakan antara 3 Masjid paling suci bagi umat Islam, ia juga dikenali sebagai “Masjid Terjauh” merujuk kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Terletak di kota lama Baitulmuqaddis, secara keseluruhannya, Masjid Al-Aqsa terdiri dari beberapa bangunan penting seperti bangunan Kubah As-Sakhrah, bangunan masjid yang mempunyai kubah berwarna perak yang dipanggil sebagai Masjid Al-Aqsa pada hari ini, tembok batu yang memagari kawasan itu, empat buah menara dan 17 pintu masuk.

Nama menara Masjid Al-Aqsa ialah Ghawanima, Silsila, Fakhriyya dan Al-Asbat. Untuk ke sana, pelbagai halangan terpaksa dihadapi bagi melepasi kawalan yang dibuat oleh rejim Zionis bagi melemahkan semangat umat Islam bagi mengunjungi kiblat pertama umat Islam ini.

Pembangun jenama Bello Scarves, puan Amal Baharuddin dan suami berkongsi pengalaman dan tips mudah bila berhadapan dengan pegawai  imigresen di sempadan Jordan – Palestin

Terjumpa hadis ni sebulan sebelum berangkat, iaitu semasa nak mohon pakej umrah:

Dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi Muhammad SAW sabdanya : “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut) : Masjidil Haram di Makkah, Masjidir Rasul (Masjidil an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin. – Hadis Al-Bukhari

Melalui beberapa pembacaan sebelum ini, nak masuk ke Palestin agak sukar kerana kena melalui border Jordan – Israel. Macam macam pengalaman jemaah sebelum ini ditahan dengan kadar masa yang sangat lama sampai 3 jam! . Padahal kita takde buat apa pun. Mereka berpendapat askar Israel sengaja mahu membuat kita susah nak masuk ke kawasan BaitulMaqdis. Supaya orang islam rasa sukar nak pergi sini.

Diri sendiri tak payah katalah. Yang ditontonkan di media pun semuanya yang buat kita rasa takut, seram, takut ditembak kat sempadan, bom jatuh dari langit. Sampai macam tu sekali overthinking.

Ziarah Palestin & Masjid Al-Aqsa kami bermula. Bertolak dari Jordan ke sempadan, perlu melalui pemeriksaan dari askar di sana. Ketika melalui pintu pemeriksaan keselamatan, pasport saya dan suami kena tahan. Ah sudah! Kata makcik makcik lain, sebab korang ni orang muda, sebab tu kena tahan. Hahaha.

Dalam hati, masih terus berdoa agar kami dan jemaah semua dipermudah urusan. Meraka ambil beg kami untuk diperiksa. Dalam 10 minit mereka berpuas hati. Alhamdulilah tiada apa apa pun.

Masjid al Aqsa: Kedudukan Masjid ini di dalam kota lama Jerusalem iaitu di sebalik tembok. Dan setiap pintu masuk tembok, ada askar Israel menjaga. Entah apa yang dijagakan. Rasa geram, kadang rasa kelakar, nak takut apa sebenarnya?

Suasana ketika perjalanan malam dari hotel ke Masjid Al Aqsa. Semoga kawan kawan semua merasa dapat berjalan di sini.

Dan kami lepas dengan jayanya. Syukur. Lepas cek beg. Kena lalu lagi satu pintu untuk mereka beri satu pass in out. Kali ini alhamdulilah lepas. Syukur.

Tips berada di sempadan.

1. Tak perlu ambil gambar di kawasan border
2. Pakai pakaian yang berwarna ceria
3. Bawa bag kecil sahaja (cabin bag)
4. Jika ditanya oleh askar, tanya satu, jawab satu.
5. Jika diminta untuk membuka bag, buka sahaja. Tak perlu takut.

Mungkin inilah susah payah dan ujian yang perlu kami jalani sebelum sampai ke Masjid Al Aqsa. Kena banyak sabar.

BACA:  Waktu EMOSI, Jangan Up Apa-apa Di Media Sosial, Luahkan Saja Di Tikar Sejadah

Alhamdulilah nampak dari kejauhan Dome of Rock. Masjid Al Aqsa ada di sebelah. Boleh senyum syukur lega. Subahanallah , Alhamdulilah AllahhuAkbar. Takda apa apa pun yang membahayakan. Selamat.

Hanya 3 tiang original dari bangunan lama di Masjid Al Aqsa. Selebihnya bangunan yang baru. Ya tuan puan, mengikut tour guide kami, memang benar yahudi sedang membuat penggalian di bawah Al Aqsa.

Untuk pengetahuan, pada bulan Ramadan sahaja orang palestin dibenarkan dapat masuk solat di masjid ini. Menurutnya lagi, pada masa ini Masjid Al Aqsa akan dipenuhi dengan beribu orang. Dan bayangkan, jika beribu orang bersujud pada masa yang sama, keretakkan pada bahagian yang digali akan semakin membesar. Pada masa ini Yahudi akan menganlisis pada keretakkan yang mereka buat. Jadi mereka membenarkan kemasukkan orang palestin untuk solat di sini bukannya atas dasar belas kasihan. Tetapi ada agenda tersembunyi.

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
(Al-Israa – 4)”

Dan, bila tiba masanya, mereka mungkin akan membuat “artificial earthquake” supaya masjid ini akan roboh dan mengatakan semuanya adalah Takdir dari Tuhan. Bukannya berpunca dari mereka. wallahhu a’lam.

Sesungguhnya banyak lagi pekara benar dan tidak benar yang kita dengar di media. Saya fikir masjid Aqsa ini usang. Tunggu masa untuk roboh. Tapi sebenarnya cantik, selesa, nyaman dan sangat luas. Dan tunggu masa dirobohkan itu sebenarnya kerja licik yahudi. Bukan sebab bangunan ini usang.

Telaga minyak zaitun. Dipercayai kawasan penggalian di bawah telaga ini. Lebih kurang 100 meter ke bawah.

Suasana Subuh Di Al Aqsa.

Gambar kredit: Amal Baharuddin

Artikel di atas disumbangkan oleh Amal Baharuddin. Boleh ikuti beliau di sini;
+ FB / Amal Baharuddin
+ IG / amalbaharuddin

Via: kofkino.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

error: Content is protected !!