≡ Menu

10 Ayat Pertama Surah Al-Mukminun Adalah Pedoman Mukmin Memperkuatkan Ketakwaan Kepada Allah

Kebenaran Solat Jemaah, Jumaat Dan Ibadah Haji Akan Diketahui Khamis Ini – Dr Zulkifli

Hakikat manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT, dilantik sebagai khalifah di muka bumi kerana dikurniakan akal berbanding makhluk lain.

Oleh itu, selagi masih bernafas, peluang masih terbuka luas untuk Muslim menjadi manusia luar biasa dan mencipta sejarah bermakna dalam kehidupan terutama dalam melaksanakan suruhan-Nya.

Umar Ibnu Khattab berkata yang Rasulullah bersabda; “Diturunkan kepadaku 10 ayat (ayat 1 hingga 10 Surah al-Mukminun). Sesiapa mengerjakannya akan memasuki syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga ayat ke-10”.

Hasil daripada sepuluh ayat ini dinyatakan enam perkara perlu dilakukan untuk membentuk diri mukmin berjaya. Enam perkara ini wajarlah dipraktikkan pada di Ramadan supaya menjadi amalan berterusan sehingga bulan berikutnya.

Antara inti pati kandungan Surah al-Mukminun ini ialah yang pertama, khusyuk dalam solat. Daripada Mu’az bin Jabal RA, Nabi SAW bersabda: “Pokok segala urusan dalam Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah berjihad.” (HR Tirmizi).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Solat tiang agama

Menerusi hadis ini dapat disimpulkan solat adalah tiang agama menjadi asas kepada agama seseorang. Solat berkualiti perlu dikerjakan dengan khusyuk supaya kenikmatan beribadah dapat dirasai.

Ketenangan mendirikan solat menjadikan individu mempunyai emosi stabil berhadapan dugaan hidup mendatang silih berganti.

Kedua, menjauhkan diri daripada perkara sia-sia. Kebanyakan manusia menghabiskan masa sepanjang Ramadan dengan perkara sia-sia.

Hakikatnya, setiap hari pada Ramadan memiliki banyak keistimewaan masing-masing. Aktiviti seperti meluangkan masa terlalu lama tidur, menonton televisyen, melepak, melayari internet dengan melewati laman web hiburan dan melalaikan antara perbuatan sia-sia kerap dilakukan Muslim.

Semua perkara ini membuatkan diri semakin jauh dengan Allah. Oleh itu, pengisian aktiviti bermanfaat dalam bulan barakah ini seperti mentadabbur al-Quran dan beriktikaf di masjid tidak boleh abaikan begitu saja.

Perkara ketiga yang perlu dilakukan ialah menunaikan zakat. Hidup bermasyarakat mengajar diri untuk membantu antara satu sama lain. Hal ini dituntut dalam Islam untuk membantu golongan tidak berkemampuan.

Oleh itu, menunaikan zakat menjadi amalan ‘filantropi’ yang mendekatkan diri dengan syurga dan mendidik hati untuk menjadi insan beriman.

Keempat, dengan memelihara kemaluan. Hal ini bererti, setiap individu perlu mencegah diri daripada melakukan maksiat, mengelak bergaul bebas tanpa batas dengan ajnabi (bukan mahram) hingga mengundang kepada keterlanjuran melakukan maksiat.

Muslim wajar mengambil berat firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka. Ia lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan”. (Surah an-Nur; ayat 30).

Hal ini menunjukkan pentingnya menjaga pandangan mata untuk menghalang berlakunya maksiat.

Memelihara amanah, janji

Kelima, memelihara amanah dan janji. Dalam surah al-Anfal; ayat 27 bermaksud; “Wahai orang beriman. Jangan kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

Berdasarkan ayat ini, mukmin dilarang melanggar amanah Allah dan Rasul seperti melanggar perintah agama dan tidak menjaga dengan baik amanah diberikan seseorang.

BACA:  Tak Ramai Tahu Keistimewaan Ayat 58 Surah Yasin

Oleh itu, pentingnya untuk menepati janji dan menjaga amanah untuk mendidik diri menjadi bertakwa dan bertanggungjawab pada setiap amanah dan janji diberikan.

Terakhir ialah menjaga solat. Solat adalah amalan pertama akan dihisab di padang mahsyar. Oleh itu, solat perlu dilaksanakan melainkan dalam keadaan uzur. Meskipun dalam bermusafir Allah memberi keringanan untuk mukmin melakukan solat qasar dan jamak.

Dalam hal ini, solat menjadi kewajipan kepada setiap Muslim dan meninggalkan secara sengaja amat dilarang Islam.

Allah SWT berfirman dalam pada ayat 103 Surah an-Nisa’ bermaksud; “Sesungguhnya solat itu satu ketetapan diwajibkan ke atas orang beriman dan ditentukan waktunya”.

Hal ini memperlihatkan pentingnya solat dalam kehidupan Muslim kerana ia membawa manfaat untuk meningkatkan iman, mencegah diri melakukan maksiat tetapi paling utama mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Berdasarkan intisari Surah al-Mukminun pada pertama hingga ke-10, ia memberi panduan kepada setiap Muslim untuk mengubah diri dan berazam memperbaiki diri menjadi lebih baik dan sempurna iman serta akhlak terutama pada Ramada.

Ramadan yang sedang dilalui ini seharusnya menjadi titik permulaan untuk Muslim mengamalkan segala inti pati ajaran Islam supaya beroleh ganjaran dijanjikan Allah SWT.

Hal ini juga menjadikan seorang mukmin itu lebih berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Selain itu, bermuhasabah diri juga perlu sentiasa dilakukan untuk ‘memperbetulkan’ dan memperbaiki kelemahan diri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.