≡ Menu

10 Kesalahan Ketika Solat yang dilakukan tanpa sedar

1. Tidak berdiri Lurus.

Punya la basic sekali. Bab berdiri, Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan rukun solat.

Bagi yg sakit pulak, sepatutnya sebelum terus duduk nak bersolat, kena berdiri lurus dulu atas sejadah, kemudian baru duduk. Tak sedar kan? Relieved face
·
2. Takbiratul Ihram.

lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dlm kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ.

takbiratul ihram dgn suara angin (seperti suara orang berbisik) juga boleh membatalkan solat. Ini kena belajar lagi niLoudly crying face
·
3. Bacaan Al-Fatihah tidak betul.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

I rasa I pun selalu buat salah niLoudly crying face ada dengar UAI ulas pasal isu ni.
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yg wajib dilafaz 100% oleh mulut dgn makhraj & tajwid yg betul.

Baca Al-Fatihah dlm hati/ menggunakan suara angin, boleh membatalkan solat.
·
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud

Kadar minimum rukuk & sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”.

Bila nak rukuk, sujud, jeda antara perbuatan tu kena jaga, dalam kadar lafaz subhanallah. Buka terus sujud kasi hantam itu dahi atas sejadah

·
5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai.

Tau apa itu anggota sujud? 7 anggota sujud: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari),

Kena tepat atas sejadah. Sujud bukan sekadar dahi.
·
6. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal

Kalian mesti tahu kan? Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat.

Nak i’tidal, angkatlah tangan tu penuh bersopan. Ni angkat tangan berkepak mcm nak terbang terus naik ke langit. Tak boleh ye.

·
7. Dada berpaling dari kiblat.

Semasa nak solat, berdiri atas sejadah tu, kita mmg tahu position kiblat dekat mana, tu wajib. Tapi sedar tak kenkadang kita tak halakan dada tepat pada kiblat?

Kalau kiblat menyerong, dada pun ikut menyerong. Kalau tegak, maka tegak lah ia Face throwing a kiss

BACA:  Ruginya Jika Tak Pernah Solat Sunat Dhuha Walaupun Sekali, Ini Antara Kelebihannya!

·
8. Mengenakan Pakaian Nipis

Perempuan mmg paling kena peka bab ni. Jangan atas tutup habis dgn telekung, tp kain pulak singkat atau jarang. Nampak kaki.

Kadang kala pakai baju terlalu nipis & ternampak jelas warna kulit pun tak boleh. I pun terkadang terlepas bab ni Loudly crying face

·
9. Memejam Mata Ketika Solat

(Dulu I pernah buat niLoudly crying face) Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Tp jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada gangguan di sekitar seperti gambar, & menutup mata boleh membantu menambahkan kekhusyukan maka ianya dibolehkan.

·
10. Salam

Tak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.

Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri.

Kena belajar lagi bab beri salam

Sumber: AinulNunanaa

 

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.