≡ Menu

10 Makanan Ini Boleh Mengurangkan Kadar Stress Yang Kita Alami. Insya’Allah Kita Ikhtiar

Dalam menjaga kesihatan, amalan gaya hidup sihat amat penting. Kesihatan minda juga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kemurungan dan tekanan. Pemakanan yang kaya nutrisi sangat membantu dalam menjaga kesihatan badan serta minda. Mari kita kenali beberapa makanan yang baik untuk meredakan stres.

1. Keledek

Karbohidrat yang kaya nutrien seperti keledek dapat mengurangkan hormon cortisol yang menyebabkan stres. Kajian mendapati wanita yang mengamalkan diet karbohidrat yang berkhasiat secara konsisten dapat menguruskan paras kortisol dengan baik. Di samping itu, kandungan vitamin C serta potassium dalam keledek juga membantu dalam mengawal tindak balas stres.

2. Kimchi

Kimchi padat dengan kebaikan probiotik yang kaya dengan vitamin, mineral serta antioksida. Kajian mendapati makanan yang ditapai adalah baik untuk meredakan stres dan rasa cemas. Makanan yang tinggi prebiotik seperti kimchi juga dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan mental kerana persekitaran usus yang sihat boleh mendorong kepada ‘mood’ yang baik.

3. Organ Dalaman

Organ dalaman seperti hati, paru dan limpa merupakan sumber vitamin yang baik dalam menguruskan stres seperti vitamin B 12, B6, riboflavin dan folat. 85 gram hati lembu mampu mebekalkan sebanyak 50% vitamin B6 dan folate. ia juga sangat kaya dengan khasiat seperti riboflavin dan vitamin B 12. Vitamin B adalah khasiat yang penting bagi penghasilan dopamin dan serotonin yang berfungsi untuk membaiki ‘mood’.

4. Telur

Disebabkan khasiat yang cukup tinggi dalam sebiji telur, ia sering dipanggil sebagai multivitamin semulajadi. Ia juga baik untuk diamalkan bagi meredakan stres. Telur mengandungi khasiat yang baik bagi mencegah tekanan seperti vitamin, mineral, asid amino dan antioksida. Telur juga kaya dengan khasiat choline yang baik untuk kesihatan otak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

5. Kerang-Kerangan

Diet yang kaya amino asid seperti taurine mempunyai khasiat yang bagus dalam mengawal ‘mood’. Ia  boleh didapati dari kerang-kerangan seperti kerang, kupang dan tiram. Seperti amino asid lain, taurine juga memainkan peranan dalam menghasilkan dopamin bagi meredakan stres. Taurine juga didapati memiliki potensi untuk bertindak sebagai antistres yang baik. Bukan itu sahaja, kerang-kerangan juga kaya dengan zat yang baik untuk membaiki ‘mood’ seperti vitamin B 12, zink, dan manganese.

BACA:  Sering Jatuh Sakit Di Tempat Kerja? Ketahui Lebih Lanjut Sindrom Bangunan Sakit (SBS))

6. Ikan

Ikan yang kaya dengan nutrisi lemak sihat omega-3 dan vitamin D seperti ikan salmon, ikan sardin dan mackerel adalah sangat baik bagi mengurangkan stres dan meningkatkan ‘mood’ seseorang. Diet yang kaya dengan Omega-3 juga didapati dapat mengurangkan risiko kemurungan dan rasa cemas. DI samping itu, khasiat vitamin D yang terkandung dalam ikan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan mental dan pengurusan stres.

7. Brokoli

Brokoli merupakan salah satu sayuran yang cukup popular kerana mengandungi pelbagai khasiat. Antara khasiatnya ialah vitamin C, folate dan mangnesium yang berperanan dalam mengurangkan simptom kemurungan. Pengamalan brokoli dalam diet didapati mampu mencegah penyakit jantung dan menstabilkan kesihatan minda dengan baik. Brokoli juga merupakan sumber yang baik bagi sulforaphane iaitu komponen aktif yang membantu menenangkan minda dengan memberi kesan antimurung. Dalam 184 gram brokoli, ia dapat membekalkan vitamin B6 sebanyak 20%. Ia merupakan jumlah yang cukup ideal bagi mengurangkan risiko ‘anxiety’ dan stres.

BACA:  Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan

8. Kacang Kuda

Kacang kuda cukup padat dengan vitamin dan mineral yang mampu mencegah stres seperti vitamin B, zat besi, magnesium dan manganese. Kacang kuda yang sesuai dimakan sebagai snek juga kaya dengan L-triptophan yang penting bagi menstabilkan ‘mood’. Para pengkaji juga berpendapat diet yang kaya dengan protein tumbuhan seperti kacang kuda mampu meningkatkan keupayaan mental serta menyihatkan minda.

9. Teh Chamomile

Bunga chamomile telah digunakan sejak dahulu untuk meredakan stres secara tradisional. Penggunaan ekstrak dan teh chamomile didapati sangat berkesan bagi mengurangkan simptom kemurungan serta membantu seseorang mendapatkan tidur dengan lebih nyenyak. Kajian mendapati pengambilan teh chamomile secara konsisten dapat mengurangkan penghasilan kortisol yang menyebabkan simptom kemurungan.

10. Beri Biru

Beri biru cukup terkenal sebagai sumber antioksida yang baik. Antioksidan yang dijumpai dalam beri biru juga berperanan sebagai antiradang dan melindungi kesihatan minda. Ia juga mempunyai potensi yang baik dalam mengurangkan keradangan berkaitan stres di samping melindungi kesihatan minda.

Terdapat pelbagai pilihan makanan berkhasiat yang baik untuk mengekalkan kesihatan minda. Makanan ini juga mudah didapati di pasaran. Jangan lupa juga untuk kekal aktif dan elakkan berseorangan jika mula rasa stres. Di samping mengamalkan makanan yang sihat, isilah masa lapang dengan hobi yang positif dan luangkanlah masa dengan orang tersayang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.